Posts

Showing posts from 2008

Kursus Motivasi

Kambing! Itulah perasaan aku sekarang yang sering meronta-ronta untuk menendang buntot-buntot rakan sekerja yang sering bersikap tidak mengambil endah itu. Pada masa ini jugalah aku amat mengharapkan agar mereka bertukar menjadi Bai Ling ataupun Gong Li atau Andrea Fonseca agar kecantikan itu bisa menukar perasaan ingin menendang buntot mereka kepada... tidak menendang buntot mereka. Ye lah kan, kalau dah lawa macam gitu, takkan sampai hati aku untuk menendang buntot-buntot mereka pula. Sementara itu, tahap kemalasan aku berkenaan blog ini telah mencapai tahap yang tertinggi. Seperti juga perasaan berkecamuk aku yang sentiasa.... berkecamuk samada perlukah aku memilih Nissan GTR-35 ataupun BMW M3 (banyakkkk duit aku, dalam hutan!), aku sering berdolak dalih di antara bersara secara tetap ataupun kontrak ataupun bercuti tanpa gaji mahupun bergaji daripada memBloG ini. Aku rasa, sudah masanya untuk aku memotivasikan diri aku untuk menghadiri... kursus motivasi yang akan dihadiri gadis-ga...

Malas

Image
Itulah sikap aku sejak kebelakangan ini. Malas nak memBlog la, tu je. Ntah la, mungkin aku ni dah kekurangan idea kot, takpun inspirasi dah takde, ataupun mungkin disebabkan aku ni macam org tua tu.... malasLAH. Oklah, macamanapun aku nak share satu cerita gaklah dalam ni. Raya baru2 ni aku telah berjaya memasak dua, I repeat , DUA masakan rendang! All by myself!! Yelah, dengan bantuan bini dan kakak aku jugak lah. Semua bermula dari parut kelapa yang diambil kat tepi rumah tu (aku nak beli santan yang dah diproses kat pasar mak aku tak bagi, dia kata cepat basi lah.. isk isk), pastu proses memerah kelapa (kalau kelapa tu aku memang tak kisah sangat), dan diakhiri dengan memasak rendang (satu ayam, satu lagi daging). Kerja bermula jam 0900 dan berakhir jam 1630. Pergh!! Bengkok pinggang wa brader..! Nasib baik projek tak kacau hohehoheh. Masa saudara mara dan sahabat taulan datang melawat di hari raya, aku terpaksa menyorokkan masakan rendang aku itu, kerana permintaan yang sung...

Salam Eidul Fitri

Aku sangkakan kehidupan sebagai seorang pelajar pada tahun lepas adalah amat sibuk. Tak ku sangka apabila dah pulang ke tanahair bolehland ni, lagi tinggi kesibukan aku rupa-rupanya. Maklumlah, sekarang ni waktu cari makan; kais pagi makan petang. Tak boleh lah aku nak 'merendek' ke sana sini lagi dah. Walaubagaimanapun, TedungS sekeluarga ingin mengucapkan Salam Eid Fitri dan maaf dipinta di atas segala kesilapan yang tidak mahupun tersengajakan. Tahun ini aku akan merasai ketupat yang sebenar, tahun lepas kena buat sindri. Selamat memandu ke kampung/bandar halaman masing-masing. Kalau terjumpa pemandu/penunggang yang hampas etikanya itu, jangan lah diherdik atau mahu dilanggari mereka itu. Kurang pahala kita tu.... Akhir kata, salam sejahtera

Janji Diana

Image
Seperti yang telah aku janjikan, walaupun sedikit lewat. berikut adalah gambar-gambar yang sempat aku rakamkan ketika berada di Tanah Suci baru-baru ini. Di atas padang pasir Masjid Nabawi, Madinah Perkuburan Baqi'; tempat semayam anak-anak Rasulullah, Saidina Othman dan para sahabat Bukit Uhud (di latarbelakang) tempat peperangan Uhud. Bukit yang kecil itu pula adalah tempat pemanah-pemanah sebelum mereka mula tamak mengambil harta (loot) peperangan dan menyebabkan kekalahan pihak Islam Masjid Quba; masjid pertama dibina Rasulullah SAW ketika di Madinah Tanah Haram, Mekah. Here I come.. Jalan yang sering aku lalui (di sebelah kanan) untuk ke Masjidil Haram Pandangan luar Masjidil Haram buat kali pertama dalam sejarah hidup aku Pemandangan yang sungguh sayu dan mengagumkan Pekerja-pekerja yang tidak berhenti membersihkan kawasan Puncak gunung ini di mana Rasulullah SWT dan Abu Bakar bersembunyi dari pihak Quraisy Laut Merah, Jeddah Home sweet home Pelbagai tempat telah aku jelajahi...

Salam Ramadhan

Salam menyambut bulan ramadhan yang mulia. Aku agak kesibukan untuk meng'update'kan blog, tapi insyalah aku akan cuba dalam masa terdekat. Alhamdulillah, aku dan sidia selamat pulang mengerjakan umrah baru-baru ini. Terima kasih atas doa korang semua, nanti aku poskan gambar-gambar mana yang patut.

Panggilan Kaabah

Image
Salam, Hari Sabtu ini, aku dan si dia akan berangkat ke Tanah Suci Mekah selama 12 hari untuk menunaikan Umrah. Di sini juga aku ingin memohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung perasaan rohani dan jasmani dengan entri-entri blog aku yang merapu dan kekadang mengandungi aksi yang terlampau. Aku akan mendoakan semoga sahabat-sahabat alam maya aku dan juga Bolehland tercinta sentiasa dilindungi serta mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT. May Allah bless us all, Amin.

Jerubu @ Haze

Keadaan yang berjerubu sungguh menyesakkan akal dan minda serta rongga pernafasan. Monsoon Timur Laut ( Northeast Monsoon - bukan Monsoon Cup walaupun kesudahannya sama juga) menyebabkan angin bertiup dari Sumatra menuju ke negara-negara Timur Jauh. Monsoon ini juga bererti cuaca kering, secara tidak langsung hutan-hutan dan ladang-ladang pertanian akan terbakar secara misteri di negara jiran sebelah sehingga menyebabkan kita diselubungi asap debu yang menyesakkan. Saling tidak ubah dengan keadaan politik semasa; semakin lama semakin menyesakkan perut diatas lawak jenaka yang dipertontonkan. Liwat yang disahkan TRO oleh doktor yang berwibawa (tapi dia bukan seorang pakar - menurut Pengarah dia), saya faham rakyat menjadi marah sebab harga minyak dan barang naik, sebab itu saya rasa simpati (kalau dah tau kenapa tak forecast awal-awal sebelum nak naikkan harga minyak dulu bahlul ). Aku teringat beberapa minggu lepas seorang pakcik sedang mengisi miyak motor Cub nya, beliau menggeleng-...

Bintang Tiga

Hehe.. kali ini kisah lawak jenaka berkisarkan tentang betapa mahalnya pembiayaan kenderaan buatan nasional yang mengakibatkan lebih satu juta ringgit dibelanjakan dari tahun 2004 sehingga kini. MB Terengganu menyatakan sejumlah RM1.15 juta dibelanjakan untuk penyelenggaraan 16 buah Perdana yang dibeli pada tahun 2004. Untuk mantan MB pula, RM 235 ribu telah dibelanjakan untuk Perdana beliau sepanjang tempoh tersebut. Bagi menangani masalah tersebut, kerajaan Terengganu telah memutuskan untuk menggunakan kenderaan rasmi baru dari model Merc E200K yang ternyata akan menjimatkan wang rakyat kerana kos penyelenggaraan yang rendah (WTF?). Sudah semestinya pucuk pimpinan yang begitu ampuh dan pintar menghalang pembelian tersebut dan seterusnya menyatakan hanya Perdana sahaja yang perlu diguna pakai. Tetapi seperti lazimnya, keputusan beralih arah dan berita terbaru menyatakan PM is okay with the Merc for official use (Fri Jul 25, 2008 MYT 3:58:57 The Star Online ) . Sementara itu, Proton t...

Mamak, kasi Mee Rojak ekstra satu!

Whoa, what a week! Itulah rumusan yang dapat aku er... rumuskan untuk minggu ini. Suasana politik menjadi semakin menarik perhatian seluruh rakyat Malaya dan dunia secara amnya. Ramai dari kalangan ahli politik kerajaan yang berwibawa termasuk PM memuji kebolehan, kematangan dan kebijaksanaan Shab menangani pendekatan Anwar yang dikatakan sungguh populist dan tidak releven. Tidak lupa juga kemahiran beliau (Shab) menyembunyikan perasaan emosi sewaktu perdebatan tersebut sehingga terbit cecair putih di tepi mulut beliau. Penangkapan Anwar keesokan harinya sebelum masa luput pula dilaksanakan dengan penuh profesional oleh anggota khas keselamatan telah menggamatkan lagi senario negara. Aku juga teringat pesanan seorang rakan, kalau tiada kerajaan BN maka tiadalah infra-infra seperti hospital, sekolah, institusi pembelajaran, stadium, prasarana dan berbagai-bagai lagi untuk kemudahan rakyat. Bila aku cuba mendapatkan kepastian, beliau menjawab - tuh, papantanda Satu Lagi Projek Kerajaan B...

Kisah Benar

Image
Sejak kebelakangan ini, kita sering dihidangkan dengan kisah-kisah yang menggemparkan dan penuh sensasi. Seperti juga dengan rakan-rakan seperjuangan aku yang lain, kisah-kisah tersebut adalah sungguh basi dan predictable. Buat masa ini, perkara yang menarik perhatian aku hanyalah Macam tengok cerita Tamil/Hindi/Melayu/Indon, dah boleh agak kesudahan cerita sebaik saja 15 minit ditonton. berita dunia dan sukan. 10 pages yang pertama mmg aku skip , begitu juga 15 minit pertama media TV(3). Takpun baik aku tgk Paula Creamer dan Natalie Gulbis ( both are damn good female golfers ) di Chn 815 beradu tenaga menunjukkan buah mana yang lebih mengkal heheheh. Nak buek camano... Tapi kisah yang paling menarik minat aku ialah si Abe (Abang) Nor tu. Fuh.. rasa macam nak lempang-lempang je (jeles la ni haha). Mahkamah Perseketuan telah memberi kebenaran untuk dia berkahwin kali ke-4 setelah menangguhkan permintaan beliau hampir lebih 3 bulan di atas sebab-sebab kewangan dia yang tak mantap. Yang...

Musim buah-buahan di Malaya

Image
Hmm.. dah lebih sebulan aku tak update blog ni. Patutlah si labah-labah dan anai-anai sering mengerumuni Chipsmore cookies sewaktu aku hampir terlena ketika menyaksikan Perancis diperbodohkan oleh si Belanda yang memang Belanda. Dan bagaimana kehebatan Arshavin yang diwar-warkan itu diperkotak-katikkan oleh Fabregas My Man of ARSEnal, wohoo!! Memandangkan sekarang musim buah, tentulah aku ingin bercerita tentang perkara itu. Buah-buahan Bolehland memang terkenal dengan keeksotikannya, yang pernah menyebabkan aku berbelanja lebih RM60 hanya semata-mata untuk merasai kemanisan 20 ulas rambutan ketika waktu dahulu di negara bawah-bawah. Agak terperanjat juga apabila buah durian D24 kegemaranku kini berharga lebih RM12 sekilo, kesan globasasi lah kot.. Pernah sekali aku ke Balik Pulau merendek bersama keluarga, aku berbelanja lebih RM70 untuk dua biji durian kasta tertinggi. Memang berbaloi, tapi aku tak ingat apa nama gred dia, masa tu gaji baru masuk dan minyak belum naik harga lagi. Kin...

Car Lot

Nothing to do with car parking, for sale, rental or what not. It's actually Kalut a.k.a when you don't have time to even farting, or like when one big mad mother******g rottweiller is about to bite a big chunk of your stinking b**t that forces you to run for your life like a freaking mad horse. Well that's sums up my previous one month and well, a few months to come. Plus, that always lucky MancheShit winning a double (I'd be cursing if ChelShit wins it as well). Having said that, I managed to squeeze in five rounds of golfing, a trip to some kinda jungle and Awana Kijal retreat. Next Monday, back to work. Niceeeeee!! Nanti bila senang, aku lawat blog korang. Peace & Salam Hormat.

Senaman Rimau

Dah 12 hari tidak aku update kan blog merapu aku ni. Dalam masa 12 hari tersebut, berbagai-bagai perkara telah berlaku. Ada kisah sedih seperti kekalahan ARSE nal di tangan Mancheshit Utd dan kemungkinan besar kempunan juara liga English, ada yang tragis seperti kisah gadis-gadis yang hilang diculik/dirogol/dibunuh, ada juga yang kelakar seperti kisah keris, babi dan kedudukan bolasepak Malaysia di tangga ke 170... Aku pula? Hmm.. kepulangan aku ke tanahair tercinta ini disambut begitu baik dengan makanan-makanan berminyak yang sungguh berkhasiat sehingga menghasilkan sedikit kebuncitan di bawah paras dada aku yang mantap ini. Oleh kerana itu, aku telah berjinak semula dengan permainan bolasepak padang kecil (a.k.a futsal) yang sering membuatkan lidah aku panjang sehingga hampir mencecah padang. Telah aku beli juga sepasang kasut futsal yang bakal menjaringkan gol-gol cantik, samada kepada pasukan lawan maupun pasukan sendiri. Aku percaya dalam masa terdekat ini, aku bakal membawa pasu...

Beramah Mesra

Perjalanan aku mencari rezeki dan ilmu tidak pernah berhenti dan sering menemukan aku dengan berbagai cabaran dan pengajaran. Baru-baru ini, aku telah ke negara Sawadee Karp. Negara yg terkenal dengan budaya dan sopan santun yang sungguh berhemah, tidak seperti negara Bolehland dan juga jiran-jiran persekitaran. Mereka tidak lokek dengan senyuman, walaupun satu patah perkataan pun tak bisa difahami. Barang-barang pun dijual dengan harga yang amat berpatutan. Buah-buahannya sungguh segar bugar dan manis belaka. Orang-orangnye pun lawa-lawa gak hohehoheh.. Ini membuatkan aku sering tertanya-tanya, apa yang silap dengan orang kita kebanyakannya. Apabila berurus niaga, jarang yang melontarkan senyuman mahupun bertegur sapa. Bukannya aku nak mengurat pun. Bila diberi salam, ramai yang jawab dalam hati, kepala pun taknak angkat. Malu ke? Takut ke? Sombong ke? Takut kena rompak ke? Pakcik pun heran, muka macam Sireh.. Tapi ada sekali tu, ada seorang kakak ni tiba-tiba sungguh friendly lebih...

Stesen Keluar

Hari Sabtu ni aku akan pergi bekerja ke luar stesen ( Outstation ). Tak jauh, negara jiran bersebelahan je. Puyin Tamada... Semalam aku bermain futsal di 'Bola-Bola' Sg Dua. Memang best, tapi hari ni kaki dan bontot ku mula menjadi sengal dan lenguh. Ni semua Lindosh punya angkara la ni. Don't get me wrong, aku je mmg tak fit. Korang baca bontot terus ingat meliwat la ni, ish ish ish. Your dirty is so brain lah Akhir kata, sepandai-pandai tupai melompat, pandai lagi si ular mematuk.

Insiden Kg Salak

Aku terpaksa meng'delete' en3 aku yg lepas di atas ketidaksesuaian intinya ( dan selepas di pok pek pok pek oleh ehem ehem - padan muka aku ). Baru pulang melawat blog si adik manis ni, teringat pulak aku kepada kejadian yang menimpa aku pagi tadi. Mana aku tak hangat hangat taik ayam; ada ka makcik tu bwk kereta (tau la baru beli proton saga baru...) tgh2 jalan, slow plak tu, siap lenggang lenggok mak limah lagi, lambai tangan sana lambai tangan sini, aku tau la tempat ni kampung BAPAK dia. Sebaik aku memotong kereta makcik hampeh tu, aku turunkan tingkap dan mengambil nafas sedalam-dalamnya sebelum aku.... Makcik: Eh TedungS (off cse le bukan nama aku), malam ni jgn lupo datang ko rumah Mak Long ado kenduri doa selamat ni haa Apa yang aku terdaya lakukan hanyalah hmmpfffttttt... Ye lah, td kan aku dah tarik nafas bbbaik punya nak maki. Kisah dan tauladan; keluar lah dari rumah 15 minit awal. Bukan keluar pejabat awal pulak monyet.

Industri Kecil

Salam kepada semua. Baru sebulan aku bersara, aku rasa2 aku nak memblog semula. Tapi secara kecil-kecilan cukup. Sebabnye korang tau2 jelah.. bizimizi. Bila aku baca komen lepas, 17 out of 19 were from the opp gender. Itu yg membuatkan aku bersemangat proton Waja balik ni wohoo.! Duh.. Macam2 jadi sejak aku balik ke tanah Malaya ni. Boleh dibuat cerekarama rasanya. Suuuuma ada, apa lu mau. Kekadang aku rasa macam nak melompat, nak debik, nak peluk, nak pottage , nak mintak mahap... Memang Malaya ni tempat yg unik dan penuh karakter. Apa2pun, perut aku telah mula membesar spt beer gut walaupun aku tak togok menatang tu (dah). Ni semua salah nasi kandar, nasi kampung, ABC, teh tarik, mee goreng mamak, KFC, McD, BurgerKing etc etc ( yeah yeah.. blame it on others ). Baru2 ni aku mencecah 1o thn I love you too honey. Hujung minggu ni aku akan outstation (again) 2 minggu . See you all in two weeks time..

Game Over

Setiap pagi aku ke tempat kerja, mulut aku tak lekang dari menyumpah seranah pemandu2 kereta yang sungguh biadap dan kiasu kat area aku ni. Mencarut tu takla, ada tu ada tapi dalam hati je. Bini aku siap nak install kan mic & loudheller so aku bleh menjerit secara langsung kat mangkuk2 tu. Lampu merah depa jalan, double-line depa overtake , dok lane kanan pastu rempit terus masuk simpang ke kiri, kereta bertentangan dah dekat depa potong gak.. Korang nak pegi mana?! Kat depan tu kena berenti gak, takdak akai sungguh (cewah.. aku punya cakiaq kediah improve sikiaq sikiaq dah niaq!). Yang paling memeranjatkan, mengikut statistik yang aku jalankan secara seks rambang, 70% pemandu terbabit adalah wanita (60% bertudung), 15% jantan, 15% lain2. Since aku tak buat pHd dulu, angka2 tu mmg boleh didebatkan dengan penuh perasaan :p W'bagaimanapun, aku telah kembali ke dunia nyata. Teori-teori kehidupan tara boleh pakai sudah. Aku perlu memberi lebih tumpuan kepada pekerjaan aku yang sun...

Kejutan Budaya

En3 aku kali ni agak pendek untuk mengelakkan blog aku ini dipenuhi oleh sawang. Lagipun pos panjang2 pun bukan korang nak baca sangat (pasal aku slalu buat camtu gak eheh). Kisah kali ni ialah anak pompuan aku yang tk faham cakiaq kediah (loghat utara lah). Dok terkebil-kebil mata dia bila kwn2/cikgu bercakap ngan dia. Walaupun mak dia, tok/nek dia orang kediah . Kesian dia.. padan muka haha!! Skrg ni kisah sharlinie pula! Aku berdoa agar dia tidak diapa-apakan, insyalah.... Sesiapa yang ada anak perempuan tu (termasuk aku ni), ambil lah extra measure sbb dah kerap jadi kisah-kisah yang sungguh biadap ini. Akhir sekali, kisah roti canai yang bakal dipulaukan. Ishh.... kejam sungguh huhu

Tawon Baru

Image
Ting tong ting tong, > 2 minggu aku tk ziarah blog aku ni. Ni semua disebabkan kedangkalan para-para pembesar aku yg kurang pasti kat mana nak letak aku ni. Hari Senayan lepas baru aku dapat tahu, cit porah pu****!! Dah la tu, hari ni nak kena report masuk opis, 2 x hampas! Dalam masa 4 hari, aku berjaya menyetelkan perpindahan, persekolahan anak2 dll. New Year ke mana, party ke mana, 3some ngan japanese babes tah ke mana (aku mmg tk buat pun mende2 tu heheh..) Hari ni, 1st day aku. Tapi worang banyak tara la dey, banyak pindah tempat baru. Daripada aku 'mageden' ( muh-ger-dern ) +- bang balls le tu; baik aku tgk2kan blog aku yang dah bersawang ni. Pasca down under , bini aku masih lagi dalam percutian memasak. Maklumlah, makanan kat Bagan ni mmg sedap2 belaka! Pagi, thari, ptg, malam, supper.. name it. Semua aku belasah. Setelah >15 tahun, aku kembali kat tempat ni balik. Butterworth, I'm home bbbbbaby. Now where's that amoi sepet who used to work at the 1st telc...