Thursday, November 22, 2007

Kondisi

Sejak seminggu dua ni, Canberra hujan, panas, hujan, panas. Mudah sedikit untuk berpeluh apabila melakukan aktibiti senaman. Mcm tau2 je aku nak balik. Tapi elok la, kulit aku kembali semula ke warna yang asal. Kalau tak tu, perghh... berkilau bila dilimpahi cahaya matahari. Rumput yang gersang dan tandus sudah mula dibasahi oleh air yang melimpah-limpah. Terus menjadi subur untuk di bajaki oleh manusia-manusia yang rakus berkejar-kejar sambil memegang batang golf.

Sedalam-dalam ikan paus menyelam, dalam lagi rindu aku kat kampung halaman nasi kandar ice kacang roti bom nasi lemak laksa mi goreng mamak pisang goreng durian D24 rambutan air tebu tomyam kung roti canai teh tarik rojak pasembor amoi mata kucing.....

Saturday, November 03, 2007

Dasar Ulau

YES!! Tinggal lagi 33 hari lagi nak pulang ke tanahair. Walaubagaimana busuk pun bau air najis khinzir dekat kawasan Lukut dan asap jerebu yg sering bertiup dari negara Nusantara, aku masih tetap merindui negara Bolehland yg tercinta ni. Cuma sebulan terakhir ni aku tersangkut lagi dgn kerja2 sekolah yg walaupun tk byk tp tetap membebankan. Tu la pasal blog aku sudah bersawang semula. Saki baki rendang ketupat pun masih melekat dalam perut aku yang telah mula menjadi berkotak semula hasil dari lawatan aku ke gim setelah hampir 2 thn ku tinggalkan. Skrg aku sekeluarga telah mula sibuk mengemaskan apa2 yg patut disimpan dan di bawa balik. Ada juga ku sampaikan hasrat utk membawa pulang anak dara Lebanon yg tak terkata cantiknye tu, tp korang tau2 je la apa jawapan yg terbaik hinggap kat kepala lutut aku ni.
Tak sabar-sabar dah ni. Restoran mamak 24 jam, here I cum......!!!
*Aku tk dpt nk meliwat blog korang sangat, sori la ek. Tenkiu la kat korang2 yg masih setia kat aku ni. Balik Mesia nnt, aku akan menjadi blogger yang mantap semula..