Saturday, November 20, 2010

Roh Sukan

Hari ini tonsil aku bengkak lagi. Terimakasih kepada:

1. AzizulHasni
2. Tim Hoki
3. Lee Chong Wei
4. Koo Keng Kiat/Tan Boon Heong

Memang mamat2 tu semua Da Man. Salute! Tak kisah la kalah beregu tu, but lost with style kata arwah nenek aku. Wei L.C? No further comment, bak kata arwah atok kau. Tapi yang paling ‘best’ sekali ialah satu permainan ni. Siapa punya idea yang ‘bernas’ lah suruh buat taktik provoking tu. Mungkin otak diorang letak kat kepala satu lagi kot. Terimakasih kat diorang, sporting sportsmen mcm No1-4 akan dipandang senget. Sesenget pasukan yang dikatakan bertaraf dunia, tapi ngan S.Korea yang baru 2-3 thn main dah kelam kabut macam kantoi bini nampak keluar ngan amoi (bukan aku la..)



Thursday, November 18, 2010

Eidul Mubarak


Salam semua

Masyallah, lama sungguh blog aku ni tak terjengah. Sejak adanya MukaBuku, terus terbuku si Tedung yang pernah menduduki carta Top Ten UK (Ulu Kelang) Billboard tempat yg ke 1782. Nanti aku cuba-cuba lawati semula mengikut kemampuan. Banyak juga kisah2 yang boleh aku kongsi gelap bersama korang peminat-peminat setia aku yang tak berhenti-henti memanggil namaku dalam tidur mu.

Akhir kata, Eidul Mubarak dari aku sekeluarga:)