Sunday, June 29, 2008

Musim buah-buahan di Malaya

Hmm.. dah lebih sebulan aku tak update blog ni. Patutlah si labah-labah dan anai-anai sering mengerumuni Chipsmore cookies sewaktu aku hampir terlena ketika menyaksikan Perancis diperbodohkan oleh si Belanda yang memang Belanda. Dan bagaimana kehebatan Arshavin yang diwar-warkan itu diperkotak-katikkan oleh Fabregas My Man of ARSEnal, wohoo!!

Memandangkan sekarang musim buah, tentulah aku ingin bercerita tentang perkara itu. Buah-buahan Bolehland memang terkenal dengan keeksotikannya, yang pernah menyebabkan aku berbelanja lebih RM60 hanya semata-mata untuk merasai kemanisan 20 ulas rambutan ketika waktu dahulu di negara bawah-bawah. Agak terperanjat juga apabila buah durian D24 kegemaranku kini berharga lebih RM12 sekilo, kesan globasasi lah kot.. Pernah sekali aku ke Balik Pulau merendek bersama keluarga, aku berbelanja lebih RM70 untuk dua biji durian kasta tertinggi. Memang berbaloi, tapi aku tak ingat apa nama gred dia, masa tu gaji baru masuk dan minyak belum naik harga lagi. Kini, setiap dua kali seminggu (pasar malam dikawasan perumahanku), aku akan membeli apa saja buah yang sering kami idamkan pada tahun lepas. Manggis, pelam, nangka, cempedak, dokong, duku, langsat, laici, lambutan, lulian, lanc**, eh ke situ pula. Dan jangan lupa jika ke Jitra singgah sebentar di orchard ni...

Buat akhir kata, tak lupa juga sejenis buah yang amat terkenal kemangkalannya, apabila aku mengunjungi restoran Lotus di bandaraya Kuala Lumpur baru-baru ini untuk mengeteh bersama sahabat-sahabat yang sudah lama tidak berjumpa. Fuh... bermacam-macam saiz ada...

Hehe, gambar nukilan si gadis manis dari seberang nun disana..