Tuesday, February 17, 2009
Limau Nipith
Tu belum cerita selebriti-selebriti yang terkenal yang pernah aku/kawan aku sendiri alami. Ada setengah tu pakai modal playstation lah, nyanyi karaoke sama-sama lah, tertumpah air kat seluar lah. Dude!!! Ni kena kat kawan aku, "You datang la bilik I, kita main playstation.." Nasib baik tak pergi, kalau tak ter'tarjub' la si telo tu... Tak perlu lah aku sebut siapa nama diorang tu, tak baik menjatuhkan maruah orang. Lagipun aku ni bukannya kaya sangat, kena saman nanti nak bayar apa lain la bulu kaki aku ni emas..
Apa kena mengena dengan Limau Nipith? Ha.. Ni kawan sekolah aku dulu, dia tak boleh sebut 'S' betul-betul. Mesti jadi 'th'. Dia ni pun tergolong golongan tu gak tapi dulu budak-budak mana la aku tau. Sampai sekarang tak kawin-kawin lagi kesian pulak aku tengok dia. Tapi tak semua 'TH' tu bencong lah, mungkin 'co-incident' je lah..
Jom Playthtathen?? HAHAHAHA
Thursday, January 22, 2009
Lingua Franca

Dialek utara adalah diantara dialek yang agak sukar dikuasai oleh orang Malaya. Sebagai seorang Malaya sejati seperti aku yang sering berpindah randah ke pelusuk negeri sehingga lah sekarang, berbagai dialek telah aku kuasai dengan baik; N9, timur, utara (penang lain, kedah lain..), aku rasa2 je lah...
Walaubagaimanapun setelah 11 tahun berkahwin dengan orang utara, aku masih struggle untuk memahami beberapa perkataan yang dipertuturkan. Bila kita mula bertutur bahasa utara ni, diorang terus assume yang kita ni orang situ lalu terkeluarlah idgham dan tamaknunah yang tinggi pangkatnya. Aku pun terus jadi angguk-angguk geleng-geleng. 'U paham ke apa diorang cakap tadi? Kondifen je I tengok..?'
Teringat aku ketika mula-mula memijak kaki di bumi Kedah 19 tahun yang lampau (tua dah kan aku ni heheh). Bersama dua orang sahabat dari Kuantan dan Kelantan setibanya di Pekan Rabu, 'Awat buah kat sini peliaq peliaq no?' Kedudukan terakhir, aku dan geng-geng aku telah dimaki dan dibaling buah yang aku tengok memang pelik rupanya tu. Tatkala sesi mengurat 'Adiaq, tepiaq sikiaq'. Tapi kali ni tak dibalinglah, sebab aku ni kan boleh tahan kehemsekeman dia.. 'Jalan ni hang pi sampai kat Tandoq sana, hampa pusin balik' Tandoq? Jadah eh tu.. Ada tanduk kerbau mati pasang tepi jalan kot... Di pasar malam 'bang, bak miai dughian tu mughiah sikiaq noo..' Dari nak dapat harga murah, kami kena ketuk malam tu..
Cek habiaq mai ni jangian la hampiaq maghiah no... Masakan utara memang very the best tiada tandingan wa cakap lu. Tak percaya, korang cuba makan kat kedai makan/restoran mana-mana je kat Kedah/Penang ni, nescaya tidak mengecewakan. (Ni nak cover line...)
Monday, January 12, 2009
Salam Tahun Baru


Tahun ini, aku menyambut tahun baru dengan penuh perasaan yang kecewa dan sedih. Apa tidaknya, umat-umat Islam yang tertindas di bumi Palestine langsung tidak diendahkan oleh jiran-jiran yang berdekatan. Arab League tah ke mana, OIC tah ke mana. Padahal duit, minyak, sumber asli melimpah ruah. Sungguh menyedihkan untuk tanah Arab yang telah menyaksikan tamadun kemanusiaan bertapak sejak beribu tahun yang lampau. Walaubagaimanapun, aku agak berbangga dengan reaksi umat Islam Malaya yang bersungguh-sungguh melaksanakan sembahyang hajat, doa setiap rakaat terakhir, derma sumbangan dan berbagai lagi. Kerajaan? Hanya kenyataan membidas yang diluahkan, konsert Mama Mia seolah-olah lebih diberi keutamaan, begitu juga program-program realiti berbaur maksiat yang lain di papar kaca tv..Dalam masa yang sama, telah lebih dua bulan aku tidak melapangkan masa bersama dunia BloG ni. Maklumlah di akhir tahun, berbagai-bagai dateline yang perlu dipenuhi. Salam Maal Hijrah untuk korang semua, jangan lupa sentiasa berdoa untuk umat Islam Palestine dan bersedekahlah setakat yang mampu. Boikot barangan keluaran mereka seperti yang korang dapat email-email yang tidak putus-putus tu..
Wednesday, November 05, 2008
Kursus Motivasi
Sementara itu, tahap kemalasan aku berkenaan blog ini telah mencapai tahap yang tertinggi. Seperti juga perasaan berkecamuk aku yang sentiasa.... berkecamuk samada perlukah aku memilih Nissan GTR-35 ataupun BMW M3 (banyakkkk duit aku, dalam hutan!), aku sering berdolak dalih di antara bersara secara tetap ataupun kontrak ataupun bercuti tanpa gaji mahupun bergaji daripada memBloG ini.
Aku rasa, sudah masanya untuk aku memotivasikan diri aku untuk menghadiri... kursus motivasi yang akan dihadiri gadis-gadis dan kereta-kereta yang telah aku nyatakan tadi. Persoalannya, mampukah korang untuk membayar yuran pendahuluannya? Aku? Sudah tentulah, pakcik kan kayo beribu duit kek dalam hutan tu..
Saturday, October 18, 2008
Malas
Oklah, macamanapun aku nak share satu cerita gaklah dalam ni. Raya baru2 ni aku telah berjaya memasak dua, I repeat, DUA masakan rendang! All by myself!! Yelah, dengan bantuan bini dan kakak aku jugak lah. Semua bermula dari parut kelapa yang diambil kat tepi rumah tu (aku nak beli santan yang dah diproses kat pasar mak aku tak bagi, dia kata cepat basi lah.. isk isk), pastu proses memerah kelapa (kalau kelapa tu aku memang tak kisah sangat), dan diakhiri dengan memasak rendang (satu ayam, satu lagi daging). Kerja bermula jam 0900 dan berakhir jam 1630. Pergh!! Bengkok pinggang wa brader..! Nasib baik projek tak kacau hohehoheh.
Masa saudara mara dan sahabat taulan datang melawat di hari raya, aku terpaksa menyorokkan masakan rendang aku itu, kerana permintaan yang sungguh luarbiasa dari kebiasaannya. Sebenarnya, aku paksa diorang makan la. Sebab bila aku cerita aku yang masak, terus diorang letak jauh2 lauk rendang tu. Hampeh btol. Nasib baik tak kena starlight aku. Tapi yang herannya, bila dah masuk mulut taknak berenti plak. Lagi sekali nak kena starlight aku nih!
Oklah, cakap banyak pun tak guna. Nin dia ghopa signature dish aku tu..






