Sunday, September 28, 2008

Salam Eidul Fitri

Aku sangkakan kehidupan sebagai seorang pelajar pada tahun lepas adalah amat sibuk. Tak ku sangka apabila dah pulang ke tanahair bolehland ni, lagi tinggi kesibukan aku rupa-rupanya. Maklumlah, sekarang ni waktu cari makan; kais pagi makan petang. Tak boleh lah aku nak 'merendek' ke sana sini lagi dah.

Walaubagaimanapun, TedungS sekeluarga ingin mengucapkan Salam Eid Fitri dan maaf dipinta di atas segala kesilapan yang tidak mahupun tersengajakan. Tahun ini aku akan merasai ketupat yang sebenar, tahun lepas kena buat sindri. Selamat memandu ke kampung/bandar halaman masing-masing. Kalau terjumpa pemandu/penunggang yang hampas etikanya itu, jangan lah diherdik atau mahu dilanggari mereka itu. Kurang pahala kita tu.... Akhir kata, salam sejahtera

Thursday, September 18, 2008

Janji Diana

Seperti yang telah aku janjikan, walaupun sedikit lewat. berikut adalah gambar-gambar yang sempat aku rakamkan ketika berada di Tanah Suci baru-baru ini.

Di atas padang pasir
Masjid Nabawi, Madinah

Perkuburan Baqi'; tempat semayam anak-anak Rasulullah, Saidina Othman dan para sahabat

Bukit Uhud (di latarbelakang) tempat peperangan Uhud. Bukit yang kecil itu pula adalah tempat pemanah-pemanah sebelum mereka mula tamak mengambil harta (loot) peperangan dan menyebabkan kekalahan pihak Islam

Masjid Quba; masjid pertama dibina Rasulullah SAW ketika di Madinah

Tanah Haram, Mekah. Here I come..

Jalan yang sering aku lalui (di sebelah kanan) untuk ke Masjidil Haram

Pandangan luar Masjidil Haram buat kali pertama dalam sejarah hidup aku

Pemandangan yang sungguh sayu dan mengagumkan


Pekerja-pekerja yang tidak berhenti membersihkan kawasan

Puncak gunung ini di mana Rasulullah SWT dan Abu Bakar bersembunyi dari pihak Quraisy

Laut Merah, Jeddah
Home sweet home

Pelbagai tempat telah aku jelajahi sepanjang kehidupan aku; dari Vancouver di sebelah barat hinggalah Seoul di sebelah timur. Tetapi pengalaman yang baru aku lalui ini mengatasi segala-galanya. Gembira, sayu.. semua ada. Aku sarankan kepada korang semua (dan aku juga) agar pergilah sambut panggilan Allah bila cukup duit. Sport rims boleh beli, Nokia/HTC/HP anytime je gruk grak kredit kad tu (ni aku cerita pasal aku lah, tapi aku rasa korang lebih kurang je la tu kot hehe). Aku akan kembali ke tanah suci tersebut...

Tuesday, September 09, 2008

Salam Ramadhan

Salam menyambut bulan ramadhan yang mulia. Aku agak kesibukan untuk meng'update'kan blog, tapi insyalah aku akan cuba dalam masa terdekat. Alhamdulillah, aku dan sidia selamat pulang mengerjakan umrah baru-baru ini. Terima kasih atas doa korang semua, nanti aku poskan gambar-gambar mana yang patut.