Wednesday, November 05, 2008

Kursus Motivasi

Kambing! Itulah perasaan aku sekarang yang sering meronta-ronta untuk menendang buntot-buntot rakan sekerja yang sering bersikap tidak mengambil endah itu. Pada masa ini jugalah aku amat mengharapkan agar mereka bertukar menjadi Bai Ling ataupun Gong Li atau Andrea Fonseca agar kecantikan itu bisa menukar perasaan ingin menendang buntot mereka kepada... tidak menendang buntot mereka. Ye lah kan, kalau dah lawa macam gitu, takkan sampai hati aku untuk menendang buntot-buntot mereka pula.

Sementara itu, tahap kemalasan aku berkenaan blog ini telah mencapai tahap yang tertinggi. Seperti juga perasaan berkecamuk aku yang sentiasa.... berkecamuk samada perlukah aku memilih Nissan GTR-35 ataupun BMW M3 (banyakkkk duit aku, dalam hutan!), aku sering berdolak dalih di antara bersara secara tetap ataupun kontrak ataupun bercuti tanpa gaji mahupun bergaji daripada memBloG ini.

Aku rasa, sudah masanya untuk aku memotivasikan diri aku untuk menghadiri... kursus motivasi yang akan dihadiri gadis-gadis dan kereta-kereta yang telah aku nyatakan tadi. Persoalannya, mampukah korang untuk membayar yuran pendahuluannya? Aku? Sudah tentulah, pakcik kan kayo beribu duit kek dalam hutan tu..

20 comments:

Masy said...

ko yg nk g kursus motibasi apsal lak kitorang yg kene bayau :p

lama gler nk tunggu apdet

achik said...

saya pun dah start rasa malas nak memblog..

lindosh said...

mengada-mengada nak gadis2 plakk

ILA said...

Uiittt!! take yr time..jgn memaksa diri:D
Wahhh..bakal berkursus bersama2 gadis cantik kahhhh..ngeh..ngehhh~~

debikdebuk said...

gadis? kursus kat mana? tarikh?

Lan Rambai said...

kursus motivasi tengok bontot?.. itu jer yg aku paham dalam entri ko ni

TedungS said...

masy
biasa la, aku ni kalau boleh semua nak pree

achik
tu la kan..

lind
abih tu ko tknak pg.. hoheh

ila
wisful thinking je tu ila :)

debik
fuhh.. boleh thn gak ko ni ek haha

lan
pergh.. kalau ada, lama dah aku pg tu haha

en_me said...

gi larr brehat, nanti dah abes sengal, update larr blog nih lagiikkks.. ahaks

faridmw said...

salam...
bagus klu nak masuk kursus motivasi tpi jgn salah masuk kursus kawin cukup la...
hehehehehe

TedungS said...

enme
ya btol tu. tgk la bila aku rajin tu aku update le

farid
kursus tu tkyah attend lagi dah hoheh

tintaHati said...

saya suka nak memblog tapi kengkangan masa lak....huhuhu...

Titicaca said...

sama la kita hahaha..ada hero2 macho tak untuk aku memotivasikan diri aku pulak? hahhaa

zafi said...

yes semua yg anda impikan itu akan muncul apabila anda ke kursus motibasi itu nanti... lama tak masuk sini... kebusyan melanda jiwa yg lara lah bro...

akirasuri said...

Dah jumpa gadis comel belom dalam kursus.. Haha!

Saya pun dah malash nak berblog.. Huhu..

13may said...

hutan simpan mana nih??? hehhe hehhe

kawaii_desu said...

MAY???
elokla merapu dgn org tua ini
cheh

skidg8 said...

abg ted!:)
besday sy dh dekat:)

Sastri said...

sas pun sama... ada masa malas, ada masa idea banyak tapi tak sempat dan akhirnya mengakibatkan malas gak... ada masa jiwa bergelora, jadik nak updet pun takde mud gak... macam-macam lagik laaa...

artsoul said...

mmg kambing la diaorang tu..

Masy said...

apdet laaaaaaaaaaaa