Thursday, August 14, 2008

Panggilan Kaabah



Salam,

Hari Sabtu ini, aku dan si dia akan berangkat ke Tanah Suci Mekah selama 12 hari untuk menunaikan Umrah. Di sini juga aku ingin memohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung perasaan rohani dan jasmani dengan entri-entri blog aku yang merapu dan kekadang mengandungi aksi yang terlampau. Aku akan mendoakan semoga sahabat-sahabat alam maya aku dan juga Bolehland tercinta sentiasa dilindungi serta mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT. May Allah bless us all, Amin.

Wednesday, August 06, 2008

Jerubu @ Haze

Keadaan yang berjerubu sungguh menyesakkan akal dan minda serta rongga pernafasan. Monsoon Timur Laut (Northeast Monsoon - bukan Monsoon Cup walaupun kesudahannya sama juga) menyebabkan angin bertiup dari Sumatra menuju ke negara-negara Timur Jauh. Monsoon ini juga bererti cuaca kering, secara tidak langsung hutan-hutan dan ladang-ladang pertanian akan terbakar secara misteri di negara jiran sebelah sehingga menyebabkan kita diselubungi asap debu yang menyesakkan. Saling tidak ubah dengan keadaan politik semasa; semakin lama semakin menyesakkan perut diatas lawak jenaka yang dipertontonkan. Liwat yang disahkan TRO oleh doktor yang berwibawa (tapi dia bukan seorang pakar - menurut Pengarah dia), saya faham rakyat menjadi marah sebab harga minyak dan barang naik, sebab itu saya rasa simpati (kalau dah tau kenapa tak forecast awal-awal sebelum nak naikkan harga minyak dulu bahlul).

Aku teringat beberapa minggu lepas seorang pakcik sedang mengisi miyak motor Cubnya, beliau menggeleng-gelengkan kepalanya dengan penuh rasa kesal. Lalu aku bertanya, 'Pakcik, okey ka?' Beliau menjawab '10 ringgit pun tak ponoh lagi tangki ni. Gaji pakcik dah la rondah, anak-anak ramai tongah belajar..' Dan terbaca pula aku satu berita mengenai beberapa menteri kerajaan yang menghabiskan lebih beratus ribu ringgit hanya untuk nombor plet kenderaan khas....

Hahaha.. memang kelakar, sungguh kelakar LAH hahaha