Wednesday, August 22, 2007

RALAT

Aku tengah ralat ni. Tak sangka plak ku sangka hujan sampai ke petang, rupanya panas di tengahari (...eh betul ke ni?) Dalam kesibukan aku mencari2 bola golf di bibir-bibir padang (apa yg korang pikir ni hah), tiba-tiba datang seorang makhluk lalu menendang buntot ku sambil bertanya "Children children and my son, sekali batuk dua kali pengsan". Lalu aku menjawab, "My England not good it is, because I were not born in English".
Korang mesti tertanya-tanya, apakah maksud si ulau TedungS yang penuh bermakna kali ini?
Aku pun turut tertanya-tanya...
Tetapi aku berjanji, apabila segalanya berakhir akan aku LAWATkan blog-blog korang semua. Tunggu lah kedatangan si ulau TedungS yang besar dan ganas tu...

Saturday, August 11, 2007

Salah faham

Baru-baru ini, India digemparkan dengan berita penangkapan sepupu aku. Tu belum aku lagi tu..

Monday, August 06, 2007

Keliwatan

Terimakasih diatas keperihatinan korang tentang kes keliwatan aku menghapdetkan en3 aku. Keliwatan ini dijangka berterusan memandangkan aku telah memasuki fasa ke-3 persekolahan aku disini. 4 bulan lagi beb, 4 bulan. Lepas ni home sweet home.

Di dalam kesibukan perliwatan aku ni, sempat juga aku membawa anak2 bermain salji di selatan nun, lebih kurang 3 jam perjalanan je. Baru 30 min sampai kat sana, kami kena ribut salji angin lebih kurang 4o km/h. Nak sangat engkau ha, padan muka aku. So, check this out..

Aku ingat melayu je lari masuk kat dalam resting hall tu, tapi lebih dari 3/4 pengunjung yg majoritinye ompteh pun cabut lari. Diorang pun cakap kat aku; Beku telor beb, BEKU! :D

Thursday, August 02, 2007

Dok Dang

Tu bunyi orang Terengganu mengatakan, aku tak sempat. Buat masa ni, aku telah dihumbankan dengan berbagai esenmen (assgt), kehidupan seorang budak sekolah tua. Jadi aku tak sempat nak menghapdetkan en3 aku dan juga meliwat blog2 korang semua. Bagi aku masa skit no..

See yahh