Thursday, January 22, 2009

Lingua Franca


Dialek utara adalah diantara dialek yang agak sukar dikuasai oleh orang Malaya. Sebagai seorang Malaya sejati seperti aku yang sering berpindah randah ke pelusuk negeri sehingga lah sekarang, berbagai dialek telah aku kuasai dengan baik; N9, timur, utara (penang lain, kedah lain..), aku rasa2 je lah...


Walaubagaimanapun setelah 11 tahun berkahwin dengan orang utara, aku masih struggle untuk memahami beberapa perkataan yang dipertuturkan. Bila kita mula bertutur bahasa utara ni, diorang terus assume yang kita ni orang situ lalu terkeluarlah idgham dan tamaknunah yang tinggi pangkatnya. Aku pun terus jadi angguk-angguk geleng-geleng. 'U paham ke apa diorang cakap tadi? Kondifen je I tengok..?'

Teringat aku ketika mula-mula memijak kaki di bumi Kedah 19 tahun yang lampau (tua dah kan aku ni heheh). Bersama dua orang sahabat dari Kuantan dan Kelantan setibanya di Pekan Rabu, 'Awat buah kat sini peliaq peliaq no?' Kedudukan terakhir, aku dan geng-geng aku telah dimaki dan dibaling buah yang aku tengok memang pelik rupanya tu. Tatkala sesi mengurat 'Adiaq, tepiaq sikiaq'. Tapi kali ni tak dibalinglah, sebab aku ni kan boleh tahan kehemsekeman dia.. 'Jalan ni hang pi sampai kat Tandoq sana, hampa pusin balik' Tandoq? Jadah eh tu.. Ada tanduk kerbau mati pasang tepi jalan kot... Di pasar malam 'bang, bak miai dughian tu mughiah sikiaq noo..' Dari nak dapat harga murah, kami kena ketuk malam tu..

Cek habiaq mai ni jangian la hampiaq maghiah no... Masakan utara memang very the best tiada tandingan wa cakap lu. Tak percaya, korang cuba makan kat kedai makan/restoran mana-mana je kat Kedah/Penang ni, nescaya tidak mengecewakan. (Ni nak cover line...)

Monday, January 12, 2009

Salam Tahun Baru

Tahun ini, aku menyambut tahun baru dengan penuh perasaan yang kecewa dan sedih. Apa tidaknya, umat-umat Islam yang tertindas di bumi Palestine langsung tidak diendahkan oleh jiran-jiran yang berdekatan. Arab League tah ke mana, OIC tah ke mana. Padahal duit, minyak, sumber asli melimpah ruah. Sungguh menyedihkan untuk tanah Arab yang telah menyaksikan tamadun kemanusiaan bertapak sejak beribu tahun yang lampau. Walaubagaimanapun, aku agak berbangga dengan reaksi umat Islam Malaya yang bersungguh-sungguh melaksanakan sembahyang hajat, doa setiap rakaat terakhir, derma sumbangan dan berbagai lagi. Kerajaan? Hanya kenyataan membidas yang diluahkan, konsert Mama Mia seolah-olah lebih diberi keutamaan, begitu juga program-program realiti berbaur maksiat yang lain di papar kaca tv..

Dalam masa yang sama, telah lebih dua bulan aku tidak melapangkan masa bersama dunia BloG ni. Maklumlah di akhir tahun, berbagai-bagai dateline yang perlu dipenuhi. Salam Maal Hijrah untuk korang semua, jangan lupa sentiasa berdoa untuk umat Islam Palestine dan bersedekahlah setakat yang mampu. Boikot barangan keluaran mereka seperti yang korang dapat email-email yang tidak putus-putus tu..