Posts

Showing posts from July, 2008

Bintang Tiga

Hehe.. kali ini kisah lawak jenaka berkisarkan tentang betapa mahalnya pembiayaan kenderaan buatan nasional yang mengakibatkan lebih satu juta ringgit dibelanjakan dari tahun 2004 sehingga kini. MB Terengganu menyatakan sejumlah RM1.15 juta dibelanjakan untuk penyelenggaraan 16 buah Perdana yang dibeli pada tahun 2004. Untuk mantan MB pula, RM 235 ribu telah dibelanjakan untuk Perdana beliau sepanjang tempoh tersebut. Bagi menangani masalah tersebut, kerajaan Terengganu telah memutuskan untuk menggunakan kenderaan rasmi baru dari model Merc E200K yang ternyata akan menjimatkan wang rakyat kerana kos penyelenggaraan yang rendah (WTF?). Sudah semestinya pucuk pimpinan yang begitu ampuh dan pintar menghalang pembelian tersebut dan seterusnya menyatakan hanya Perdana sahaja yang perlu diguna pakai. Tetapi seperti lazimnya, keputusan beralih arah dan berita terbaru menyatakan PM is okay with the Merc for official use (Fri Jul 25, 2008 MYT 3:58:57 The Star Online ) . Sementara itu, Proton t

Mamak, kasi Mee Rojak ekstra satu!

Whoa, what a week! Itulah rumusan yang dapat aku er... rumuskan untuk minggu ini. Suasana politik menjadi semakin menarik perhatian seluruh rakyat Malaya dan dunia secara amnya. Ramai dari kalangan ahli politik kerajaan yang berwibawa termasuk PM memuji kebolehan, kematangan dan kebijaksanaan Shab menangani pendekatan Anwar yang dikatakan sungguh populist dan tidak releven. Tidak lupa juga kemahiran beliau (Shab) menyembunyikan perasaan emosi sewaktu perdebatan tersebut sehingga terbit cecair putih di tepi mulut beliau. Penangkapan Anwar keesokan harinya sebelum masa luput pula dilaksanakan dengan penuh profesional oleh anggota khas keselamatan telah menggamatkan lagi senario negara. Aku juga teringat pesanan seorang rakan, kalau tiada kerajaan BN maka tiadalah infra-infra seperti hospital, sekolah, institusi pembelajaran, stadium, prasarana dan berbagai-bagai lagi untuk kemudahan rakyat. Bila aku cuba mendapatkan kepastian, beliau menjawab - tuh, papantanda Satu Lagi Projek Kerajaan B

Kisah Benar

Image
Sejak kebelakangan ini, kita sering dihidangkan dengan kisah-kisah yang menggemparkan dan penuh sensasi. Seperti juga dengan rakan-rakan seperjuangan aku yang lain, kisah-kisah tersebut adalah sungguh basi dan predictable. Buat masa ini, perkara yang menarik perhatian aku hanyalah Macam tengok cerita Tamil/Hindi/Melayu/Indon, dah boleh agak kesudahan cerita sebaik saja 15 minit ditonton. berita dunia dan sukan. 10 pages yang pertama mmg aku skip , begitu juga 15 minit pertama media TV(3). Takpun baik aku tgk Paula Creamer dan Natalie Gulbis ( both are damn good female golfers ) di Chn 815 beradu tenaga menunjukkan buah mana yang lebih mengkal heheheh. Nak buek camano... Tapi kisah yang paling menarik minat aku ialah si Abe (Abang) Nor tu. Fuh.. rasa macam nak lempang-lempang je (jeles la ni haha). Mahkamah Perseketuan telah memberi kebenaran untuk dia berkahwin kali ke-4 setelah menangguhkan permintaan beliau hampir lebih 3 bulan di atas sebab-sebab kewangan dia yang tak mantap. Yang