Wednesday, November 05, 2008

Kursus Motivasi

Kambing! Itulah perasaan aku sekarang yang sering meronta-ronta untuk menendang buntot-buntot rakan sekerja yang sering bersikap tidak mengambil endah itu. Pada masa ini jugalah aku amat mengharapkan agar mereka bertukar menjadi Bai Ling ataupun Gong Li atau Andrea Fonseca agar kecantikan itu bisa menukar perasaan ingin menendang buntot mereka kepada... tidak menendang buntot mereka. Ye lah kan, kalau dah lawa macam gitu, takkan sampai hati aku untuk menendang buntot-buntot mereka pula.

Sementara itu, tahap kemalasan aku berkenaan blog ini telah mencapai tahap yang tertinggi. Seperti juga perasaan berkecamuk aku yang sentiasa.... berkecamuk samada perlukah aku memilih Nissan GTR-35 ataupun BMW M3 (banyakkkk duit aku, dalam hutan!), aku sering berdolak dalih di antara bersara secara tetap ataupun kontrak ataupun bercuti tanpa gaji mahupun bergaji daripada memBloG ini.

Aku rasa, sudah masanya untuk aku memotivasikan diri aku untuk menghadiri... kursus motivasi yang akan dihadiri gadis-gadis dan kereta-kereta yang telah aku nyatakan tadi. Persoalannya, mampukah korang untuk membayar yuran pendahuluannya? Aku? Sudah tentulah, pakcik kan kayo beribu duit kek dalam hutan tu..