Saturday, August 19, 2006

Kenduri Kawin

Baru baru ni aku attend anak sedara aku kawin kat kampong dia. Seperti biasalah, bila dah kenduri ni ramai sedara-mara datang. Dan seperti biasa aku dengan konfiden badak lah menyapa sedara-sedara aku yg aku mmg lupa bangat nama diorang ni. Aku plak dah berpuluh tahun tk jumpa diorang, camana la aku nak ingat nama-nama diorang tu. Abis pangkat makcik aku panggil kakak lah, nenek lah... gelabah puyuh brader. Kena perli la aku, ‘apo kono anak Bang Usop ni, wakden Mak Limah ni di panggilnyo Auntie. Mmg nak kono tapak ni..!’ Padan muka aku, balik kampung dok dalam rumah parents aku je, tknak bercampur sedara mara. (Kejadian yg serupa bila aku balik kampong belah bini aku, aku rasa part2 nak ngat nama orang ni aku memang lembap lah..)

Anyway, suasana kampung tu mmg tk dinafikan membawa aku balik ke zaman aku budak2 dulu. Group memasak digelar ‘Penanggah’. Jangan tanya aku apo bondo eh tu, yg aku tau kalau aku join group tu, mmg busuk bau daging lapah lah badan. Selalunya aku dulu volunteer jadi tukang hidang lauk. Bukannya apa, boleh la aku kenen2 anak Mak Timah yg cun melecun tu heheh.. Nasib baik tk jadi bini aku, badan dah macam tong drum anak masuk 5... pehhh..!

So before balik tu, aku pekena cendol favourite aku masa sekolah dulu, and this mamak Bashar has been selling the cendol since I was a boy. Aku tanya dia, banyak dah ke duit jual cendol bang? Mesti boleh pg cuti balik India ke, melancong ke Eropah ke..? Jawapan dia.. korang boleh agak la kan. Anyway, aku mmg baik ngan Abg Bashar ni, and he's doing pretty well with his cendol bussiness. Aku rasa dah banyak cawangan dia dah bukak kat area N9 ni. Btw, BMI tu nama dia, Bashar Mohamed I(ntah apa aku lupa), bukan Body Mass Index.

1 comment:

Junita said...

In Aloq Staq they call it "mentagha" whereby anak anak dara yg cun melecun cam yours truly ni akan melayan tetamu..ahaks... dapat singgit pun jadila, buat beli bedak nyonya....hihihi