Thursday, January 22, 2009

Lingua Franca


Dialek utara adalah diantara dialek yang agak sukar dikuasai oleh orang Malaya. Sebagai seorang Malaya sejati seperti aku yang sering berpindah randah ke pelusuk negeri sehingga lah sekarang, berbagai dialek telah aku kuasai dengan baik; N9, timur, utara (penang lain, kedah lain..), aku rasa2 je lah...


Walaubagaimanapun setelah 11 tahun berkahwin dengan orang utara, aku masih struggle untuk memahami beberapa perkataan yang dipertuturkan. Bila kita mula bertutur bahasa utara ni, diorang terus assume yang kita ni orang situ lalu terkeluarlah idgham dan tamaknunah yang tinggi pangkatnya. Aku pun terus jadi angguk-angguk geleng-geleng. 'U paham ke apa diorang cakap tadi? Kondifen je I tengok..?'

Teringat aku ketika mula-mula memijak kaki di bumi Kedah 19 tahun yang lampau (tua dah kan aku ni heheh). Bersama dua orang sahabat dari Kuantan dan Kelantan setibanya di Pekan Rabu, 'Awat buah kat sini peliaq peliaq no?' Kedudukan terakhir, aku dan geng-geng aku telah dimaki dan dibaling buah yang aku tengok memang pelik rupanya tu. Tatkala sesi mengurat 'Adiaq, tepiaq sikiaq'. Tapi kali ni tak dibalinglah, sebab aku ni kan boleh tahan kehemsekeman dia.. 'Jalan ni hang pi sampai kat Tandoq sana, hampa pusin balik' Tandoq? Jadah eh tu.. Ada tanduk kerbau mati pasang tepi jalan kot... Di pasar malam 'bang, bak miai dughian tu mughiah sikiaq noo..' Dari nak dapat harga murah, kami kena ketuk malam tu..

Cek habiaq mai ni jangian la hampiaq maghiah no... Masakan utara memang very the best tiada tandingan wa cakap lu. Tak percaya, korang cuba makan kat kedai makan/restoran mana-mana je kat Kedah/Penang ni, nescaya tidak mengecewakan. (Ni nak cover line...)

13 comments:

puterikurekure said...

peliaq?
cam lain macam jek.
hahahaha.

Ayaq masak said...

wei hang agak2 ah nak cakap utara pun... sampai peliaq pun keluaq.. hang jgn buat haru wei..huhuhu...

CaBaiKeRinG said...

ni.... senang ceghita..

hang link mai kat belog haku..

belajaq bahasa kami!

wakakakka...

cabaikering....

13may said...

tu dia aihh...hehhe hehe

Sastri said...

*lol* adeh... sas boleh la cakap utara sikit-sikit... cuma kalau perkataan dia yang sangat lain tu, sas tak reti...

kawaii_desu said...

hoh apa ni mencarut

mana la orang utagha cakap lagutu??
meghapu sungguh aihh

kat kl org slalu kata slang utara ni cute, taktaula depa sindiaq ka betui2

ILA said...

Lepas ni sila belajar jawa pula:P

akirasuri said...

Hahahaha!

Dahsyat sungguh sampai peliaq.. :))

Saya sampai sekarang tak pass cakap kelantan.. Orang selalu kata macam orang siam belajar ckp melayu.. :))

TedungS said...

puteri
heheh.. tk bermaksud gitu pun tau

ayaq
dok haru eh, sedih pun dok :p

cabai
tu dulu, la ni beghabuk dah...

13may
ha 'iah!!

TedungS said...

sas
esp bila diorang masuk gear 5, tk paham terus

kawai
dh nama pun blog merapu je ni cek..

ila
ha... tang tu lagi parah, pekat sungguh :p

akira
kelantan lagi lembut, lebih2 lg kalau cik adik manis, pergh... :p

achik said...

saya tang loghat2 ni mmg fail sungguh.. kalau baca, kdg2 buleh paham lagi..

Masy said...

hahahahha apsal cam harem je bunyiknye bro ted. hahahahahaahah

kawaii_desu said...

huhuhu where r u??