Mamak, kasi Mee Rojak ekstra satu!

Whoa, what a week! Itulah rumusan yang dapat aku er... rumuskan untuk minggu ini. Suasana politik menjadi semakin menarik perhatian seluruh rakyat Malaya dan dunia secara amnya. Ramai dari kalangan ahli politik kerajaan yang berwibawa termasuk PM memuji kebolehan, kematangan dan kebijaksanaan Shab menangani pendekatan Anwar yang dikatakan sungguh populist dan tidak releven. Tidak lupa juga kemahiran beliau (Shab) menyembunyikan perasaan emosi sewaktu perdebatan tersebut sehingga terbit cecair putih di tepi mulut beliau. Penangkapan Anwar keesokan harinya sebelum masa luput pula dilaksanakan dengan penuh profesional oleh anggota khas keselamatan telah menggamatkan lagi senario negara. Aku juga teringat pesanan seorang rakan, kalau tiada kerajaan BN maka tiadalah infra-infra seperti hospital, sekolah, institusi pembelajaran, stadium, prasarana dan berbagai-bagai lagi untuk kemudahan rakyat. Bila aku cuba mendapatkan kepastian, beliau menjawab - tuh, papantanda Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional yang begitu banyak sekali di tepi-tepi jalanraya. Mungkin ada kebenaran kata-kata beliau itu, hmm...

Sementara itu, rakan aku yang bekerja untuk salah sebuah syarikat eksplorasi minyak di Malaysia Timur yang berpangkat agak besar pernah menyatakan kepada aku tahun lepas betapa banyak lagi oil weld yang masih belum diterokai samada di Semenanjung mahupun Sabah/Sarawak. Itu yang dia cakap, entah betul entah tidak.

God bless us all....

Comments

skidg8 said…
hmm...dah lama tak jadi org pertama.

hehe.

abg ted pekabo?
Masy said…
huarggghhhhh~
arsaili said…
may ALLAH bless u too..
kuIna said…
nk extra bayar lebih bro...
TedungS said…
skid8
baik belaka, u camane?

masy
pesal plak tu, tk dapat makan ke

arsaili
ya, insyalah..

jentayu
haha.. tk sanggup aku
Noushy Syah said…
In Kangaroo court," Guilty until proven innocent" hehhehe...

Nevertheless,wishing you,all Msian and the lovely country peaceful and may God bless always.

Still,keep smiling..
debikdebuk said…
... banyak perubahan kat Malaysia ni yek?...


info terbaru aku belajar tahun ni, DNA boleh luput jika terlalu lama...
Malaysia Boleh! Ha ha ha!
TedungS said…
noush
tu la, kekadang rasa cam nak migrate je jd PR kat negara org

debik
itu yg aku heran. DNA dinosaur yg berjuta2 tahun masih lagi boleh di preserved...

BP
Yea wak, jgn tak Boleh
kawaii_desu said…
IN BOLEHLAND, APA SAJA BISA TERJADI

Popular posts from this blog

Kambek

Eidul Mubarak

Krisis Umur