Posts

Showing posts from 2009

Salam Ramadhan

Image
Salam semua. Dah lebih 7 bulan tidak yang u singgahi blog aku ni. Satu rekod yang begitu lama. Inilah implikasi apabila diberi tanggungjawab lebih tinggi. Sebelum ni, aku boleh follow like buffalo je, tapi sekarang tidak lagi. Dalam masa yang sama, mungkin aku akan bersara secara tetap. Tetapi mungkin aku meneruskan perjalanan di alam maya Blog ini juga. Entahlah. Walaubagaimanapun, salam ramadhan dari aku sekeluarga untuk rakan-rakan alam maya. Semuga bertemu kembali!

Limau Nipith

Apa la nak jadi dengan lelaki kat BolehLand ni. Semakin lama, semakin ramai yang aku tengok menjadi 'bencong', satu perkataan Indonesia yang bermaksud auww. Baru-baru ni aku bersama Boss aku melawat anak lelaki dia di salah sebuah MRSM kerana ditimpa kecederaan. Orang tua tu membebellah taknak bagi anak dia main ragbi lagi, tapi bila aku lihat sekumpulan budak-budak lelaki sedang berlatih tarian dengan penuh kebencongannya, aku pun berkata "Boss, saya rasa biar si Banglong tu main ragbi drp jadi mcm bebudak tu.." "Ish.. betul la. Macam Cipan!!" Tu belum cerita selebriti-selebriti yang terkenal yang pernah aku/kawan aku sendiri alami. Ada setengah tu pakai modal playstation lah, nyanyi karaoke sama-sama lah, tertumpah air kat seluar lah. Dude!!! Ni kena kat kawan aku, "You datang la bilik I, kita main playstation.." Nasib baik tak pergi, kalau tak ter'tarjub' la si telo tu... Tak perlu lah aku sebut siapa nama diorang tu, tak baik menjatuhka...

Lingua Franca

Image
Dialek utara adalah diantara dialek yang agak sukar dikuasai oleh orang Malaya. Sebagai seorang Malaya sejati seperti aku yang sering berpindah randah ke pelusuk negeri sehingga lah sekarang, berbagai dialek telah aku kuasai dengan baik; N9, timur, utara (penang lain, kedah lain..), aku rasa2 je lah... Walaubagaimanapun setelah 11 tahun berkahwin dengan orang utara, aku masih struggle untuk memahami beberapa perkataan yang dipertuturkan. Bila kita mula bertutur bahasa utara ni, diorang terus assume yang kita ni orang situ lalu terkeluarlah idgham dan tamaknunah yang tinggi pangkatnya. Aku pun terus jadi angguk-angguk geleng-geleng. ' U paham ke apa diorang cakap tadi? Kondifen je I tengok..?' Teringat aku ketika mula-mula memijak kaki di bumi Kedah 19 tahun yang lampau (tua dah kan aku ni heheh) . Bersama dua orang sahabat dari Kuantan dan Kelantan setibanya di Pekan Rabu, ' Awat buah kat sini peliaq peliaq no?' Kedudukan terakhir, aku dan geng-geng aku tela...

Salam Tahun Baru

Image
Tahun ini, aku menyambut tahun baru dengan penuh perasaan yang kecewa dan sedih. Apa tidaknya, umat-umat Islam yang tertindas di bumi Palestine langsung tidak diendahkan oleh jiran-jiran yang berdekatan. Arab League tah ke mana, OIC tah ke mana. Padahal duit, minyak, sumber asli melimpah ruah. Sungguh menyedihkan untuk tanah Arab yang telah menyaksikan tamadun kemanusiaan bertapak sejak beribu tahun yang lampau. Walaubagaimanapun, aku agak berbangga dengan reaksi umat Islam Malaya yang bersungguh-sungguh melaksanakan sembahyang hajat, doa setiap rakaat terakhir, derma sumbangan dan berbagai lagi. Kerajaan? Hanya kenyataan membidas yang diluahkan, konsert Mama Mia seolah-olah lebih diberi keutamaan, begitu juga program-program realiti berbaur maksiat yang lain di papar kaca tv.. Dalam masa yang sama, telah lebih dua bulan aku tidak melapangkan masa bersama dunia BloG ni. Maklumlah di akhir tahun, berbagai-bagai dateline yang perlu dipenuhi. Salam Maal Hijrah untuk korang semua, janga...