Salam Eidul Fitri
Aku sangkakan kehidupan sebagai seorang pelajar pada tahun lepas adalah amat sibuk. Tak ku sangka apabila dah pulang ke tanahair bolehland ni, lagi tinggi kesibukan aku rupa-rupanya. Maklumlah, sekarang ni waktu cari makan; kais pagi makan petang. Tak boleh lah aku nak 'merendek' ke sana sini lagi dah. Walaubagaimanapun, TedungS sekeluarga ingin mengucapkan Salam Eid Fitri dan maaf dipinta di atas segala kesilapan yang tidak mahupun tersengajakan. Tahun ini aku akan merasai ketupat yang sebenar, tahun lepas kena buat sindri. Selamat memandu ke kampung/bandar halaman masing-masing. Kalau terjumpa pemandu/penunggang yang hampas etikanya itu, jangan lah diherdik atau mahu dilanggari mereka itu. Kurang pahala kita tu.... Akhir kata, salam sejahtera