Senaman Rimau

Dah 12 hari tidak aku updatekan blog merapu aku ni. Dalam masa 12 hari tersebut, berbagai-bagai perkara telah berlaku. Ada kisah sedih seperti kekalahan ARSEnal di tangan Mancheshit Utd dan kemungkinan besar kempunan juara liga English, ada yang tragis seperti kisah gadis-gadis yang hilang diculik/dirogol/dibunuh, ada juga yang kelakar seperti kisah keris, babi dan kedudukan bolasepak Malaysia di tangga ke 170...

Aku pula? Hmm.. kepulangan aku ke tanahair tercinta ini disambut begitu baik dengan makanan-makanan berminyak yang sungguh berkhasiat sehingga menghasilkan sedikit kebuncitan di bawah paras dada aku yang mantap ini. Oleh kerana itu, aku telah berjinak semula dengan permainan bolasepak padang kecil (a.k.a futsal) yang sering membuatkan lidah aku panjang sehingga hampir mencecah padang. Telah aku beli juga sepasang kasut futsal yang bakal menjaringkan gol-gol cantik, samada kepada pasukan lawan maupun pasukan sendiri. Aku percaya dalam masa terdekat ini, aku bakal membawa pasukan bolasepak Malaysia kembali ke kedudukan yang baik sedikit dari tangga ke-170 itu. Tetapi mungkin juga ke arah yang lebih hina apabila unsur-unsur kuasa mula menggilai kepala hotak aku ini di mana mungkin aku akan menyambung semula hi-performance sports centre kat UK tu, ataupun melantik Arsene Wenger utk menjadi pengurus, dan kemudian memecat dia hanya selepas 3 bulan disebabkan tidak menyetujui arahan aku agar Khalid Jerlus tidak di ambil semula sebagai striker utama.

Jadi, bila aku fikir-fikirkan, lebih baik aku buat senaman rimau yang ternyata membawa lebih banyak faedah dan manfaat hohehohehoheh...

Comments

kawaii_desu said…
mmg gila kosa ka atau alasan semata tuk memeriahkan perut chumil kat situ huhu

bro, menatang apa senaman rimau tu???

knowing u and the way u laugh cam benda orang kawen je...

your dirty so very the brainla...
Noushy Syah said…
ERKKKK..some sort of exercise I presumed...:)

Good, keep doing exercise to reduce the 'minyak2' area at that specific place...blame all the the good foods for that!!!hehehhe...

hahhaha banyak tantik..although your wishful thinking is brilliant..but surely that will never happened *ARSEnal* lolz!
shafarina said…
kacak man,

eksesais baik untuk kesihatan. tak kiralah senaman luar rumah atau dalam rumah. sekian. :P
Masy said…
senaman rimau ek.. cakar cakar ekk..

hohehohe tak paham tak paham lalalala~
Montermom kau nak senaman apa pulak...? hahaha!
achik said…
senaman rimau?? uish.. cam ganas je bunyinya.. hohehohe..

ekeke.. ;p
Mek Na said…
baguih laa. senam jgn tak senang...perut boroi tal lawa mehh :P
TedungS said…
kawai
well wel... hahaha

noush
it is a physical exercise. as for arse, never stop dreaming babe ;P

wan
*hins hins* tahan idung kembang haha
TedungS said…
BP
tu tkleh la nk bgtau hoheoheh

achik
bunyi je ganas, tp senaman menguatkan pinggang je :)

mekna
betoi tu mek, betoi
skidg8 said…
dlm byk2, senaman rimau la yg paling best yer...

haha..

*ape kaba abg ted? thanks, lawat blog sy:)
TedungS said…
skid8
sama2. ko pun bleh blajar gak senaman tu heheh
arsaili said…
senaman rimau..tak pernah tgk rimau bersenam..rimau mengawan pernah lah..ahaks
en_me said…
me teringat shamsul jual ubat ghau ghau ittewww.. meoowww
KAMATO said…
Masih teringat kata2 seorang pensyarah di salah satu ipt, katanya orang lelaki ok kalau buncit sikit, barula tali leher boleh terletak, kalau tak nanti macam saleman....he he
RATNA RAHIM said…
hahaha senaman rimau? err budak2 kene berdiam diri disini...
skidg8 said…
lamanye senaman rimau ni..

tuko la yg lain lak...

heheh
13may said…
hari hari mauu???

hehhe hehhe
shafarina said…
kacakman,

senaman rimau telah memberikan kesan kepada kekerapan mengapdet blog?

ngengenge
akirasuri said…
Bro!

Hang dah jadi rimau ka?

Hahak!
gila lama tak update!!!
kawaii_desu said…
asai bukak je senaman rimau...
saja kan?
TedungS said…
alamak, lama aku tk update nih..

arsaili
tu kau tau la ek haha

en_me
ye ke? uih, kena copyright nih

kamato
tu excuse je tu bro haha

bwg
itu utk kuatkan pinggang le cik adik :p
TedungS said…
wan
kacak? eh cam tau2 je ni hahaha

akira
dekat2 dah ni rrrrrrr

tiara
mmg aku dh nak naik gila dh ni haha

kawai
ok ok, aku update dah :P
Mardihah said…
Salam,

Semoga sentiasa dalam keadaan yang tenang dan segala urusan dieprmudahkan...amin, InsyaAllah.
Mardihah said…
eh, kiter nak link lah...best ajerrr blog nih....:)
Lisajoehari said…
hang ni memang suka tulis ayat yang panjang tanpa titik noktah kan?

Popular posts from this blog

Car Lot

Rumah manis rumah (req Eng translation pse..)

Kambek