Bintang Tiga
Hehe.. kali ini kisah lawak jenaka berkisarkan tentang betapa mahalnya pembiayaan kenderaan buatan nasional yang mengakibatkan lebih satu juta ringgit dibelanjakan dari tahun 2004 sehingga kini. MB Terengganu menyatakan sejumlah RM1.15 juta dibelanjakan untuk penyelenggaraan 16 buah Perdana yang dibeli pada tahun 2004. Untuk mantan MB pula, RM 235 ribu telah dibelanjakan untuk Perdana beliau sepanjang tempoh tersebut. Bagi menangani masalah tersebut, kerajaan Terengganu telah memutuskan untuk menggunakan kenderaan rasmi baru dari model Merc E200K yang ternyata akan menjimatkan wang rakyat kerana kos penyelenggaraan yang rendah (WTF?). Sudah semestinya pucuk pimpinan yang begitu ampuh dan pintar menghalang pembelian tersebut dan seterusnya menyatakan hanya Perdana sahaja yang perlu diguna pakai. Tetapi seperti lazimnya, keputusan beralih arah dan berita terbaru menyatakan PM is okay with the Merc for official use (Fri Jul 25, 2008 MYT 3:58:57 The Star Online ) . Sementara itu, Proton t...