Posts

Showing posts from March, 2008

Stesen Keluar

Hari Sabtu ni aku akan pergi bekerja ke luar stesen ( Outstation ). Tak jauh, negara jiran bersebelahan je. Puyin Tamada... Semalam aku bermain futsal di 'Bola-Bola' Sg Dua. Memang best, tapi hari ni kaki dan bontot ku mula menjadi sengal dan lenguh. Ni semua Lindosh punya angkara la ni. Don't get me wrong, aku je mmg tak fit. Korang baca bontot terus ingat meliwat la ni, ish ish ish. Your dirty is so brain lah Akhir kata, sepandai-pandai tupai melompat, pandai lagi si ular mematuk.

Insiden Kg Salak

Aku terpaksa meng'delete' en3 aku yg lepas di atas ketidaksesuaian intinya ( dan selepas di pok pek pok pek oleh ehem ehem - padan muka aku ). Baru pulang melawat blog si adik manis ni, teringat pulak aku kepada kejadian yang menimpa aku pagi tadi. Mana aku tak hangat hangat taik ayam; ada ka makcik tu bwk kereta (tau la baru beli proton saga baru...) tgh2 jalan, slow plak tu, siap lenggang lenggok mak limah lagi, lambai tangan sana lambai tangan sini, aku tau la tempat ni kampung BAPAK dia. Sebaik aku memotong kereta makcik hampeh tu, aku turunkan tingkap dan mengambil nafas sedalam-dalamnya sebelum aku.... Makcik: Eh TedungS (off cse le bukan nama aku), malam ni jgn lupo datang ko rumah Mak Long ado kenduri doa selamat ni haa Apa yang aku terdaya lakukan hanyalah hmmpfffttttt... Ye lah, td kan aku dah tarik nafas bbbaik punya nak maki. Kisah dan tauladan; keluar lah dari rumah 15 minit awal. Bukan keluar pejabat awal pulak monyet.