Posts

Showing posts from April, 2008

Senaman Rimau

Dah 12 hari tidak aku update kan blog merapu aku ni. Dalam masa 12 hari tersebut, berbagai-bagai perkara telah berlaku. Ada kisah sedih seperti kekalahan ARSE nal di tangan Mancheshit Utd dan kemungkinan besar kempunan juara liga English, ada yang tragis seperti kisah gadis-gadis yang hilang diculik/dirogol/dibunuh, ada juga yang kelakar seperti kisah keris, babi dan kedudukan bolasepak Malaysia di tangga ke 170... Aku pula? Hmm.. kepulangan aku ke tanahair tercinta ini disambut begitu baik dengan makanan-makanan berminyak yang sungguh berkhasiat sehingga menghasilkan sedikit kebuncitan di bawah paras dada aku yang mantap ini. Oleh kerana itu, aku telah berjinak semula dengan permainan bolasepak padang kecil (a.k.a futsal) yang sering membuatkan lidah aku panjang sehingga hampir mencecah padang. Telah aku beli juga sepasang kasut futsal yang bakal menjaringkan gol-gol cantik, samada kepada pasukan lawan maupun pasukan sendiri. Aku percaya dalam masa terdekat ini, aku bakal membawa pasu...

Beramah Mesra

Perjalanan aku mencari rezeki dan ilmu tidak pernah berhenti dan sering menemukan aku dengan berbagai cabaran dan pengajaran. Baru-baru ini, aku telah ke negara Sawadee Karp. Negara yg terkenal dengan budaya dan sopan santun yang sungguh berhemah, tidak seperti negara Bolehland dan juga jiran-jiran persekitaran. Mereka tidak lokek dengan senyuman, walaupun satu patah perkataan pun tak bisa difahami. Barang-barang pun dijual dengan harga yang amat berpatutan. Buah-buahannya sungguh segar bugar dan manis belaka. Orang-orangnye pun lawa-lawa gak hohehoheh.. Ini membuatkan aku sering tertanya-tanya, apa yang silap dengan orang kita kebanyakannya. Apabila berurus niaga, jarang yang melontarkan senyuman mahupun bertegur sapa. Bukannya aku nak mengurat pun. Bila diberi salam, ramai yang jawab dalam hati, kepala pun taknak angkat. Malu ke? Takut ke? Sombong ke? Takut kena rompak ke? Pakcik pun heran, muka macam Sireh.. Tapi ada sekali tu, ada seorang kakak ni tiba-tiba sungguh friendly lebih...