Posts

Kursus Motivasi

Kambing! Itulah perasaan aku sekarang yang sering meronta-ronta untuk menendang buntot-buntot rakan sekerja yang sering bersikap tidak mengambil endah itu. Pada masa ini jugalah aku amat mengharapkan agar mereka bertukar menjadi Bai Ling ataupun Gong Li atau Andrea Fonseca agar kecantikan itu bisa menukar perasaan ingin menendang buntot mereka kepada... tidak menendang buntot mereka. Ye lah kan, kalau dah lawa macam gitu, takkan sampai hati aku untuk menendang buntot-buntot mereka pula. Sementara itu, tahap kemalasan aku berkenaan blog ini telah mencapai tahap yang tertinggi. Seperti juga perasaan berkecamuk aku yang sentiasa.... berkecamuk samada perlukah aku memilih Nissan GTR-35 ataupun BMW M3 (banyakkkk duit aku, dalam hutan!), aku sering berdolak dalih di antara bersara secara tetap ataupun kontrak ataupun bercuti tanpa gaji mahupun bergaji daripada memBloG ini. Aku rasa, sudah masanya untuk aku memotivasikan diri aku untuk menghadiri... kursus motivasi yang akan dihadiri gadis-ga...

Malas

Image
Itulah sikap aku sejak kebelakangan ini. Malas nak memBlog la, tu je. Ntah la, mungkin aku ni dah kekurangan idea kot, takpun inspirasi dah takde, ataupun mungkin disebabkan aku ni macam org tua tu.... malasLAH. Oklah, macamanapun aku nak share satu cerita gaklah dalam ni. Raya baru2 ni aku telah berjaya memasak dua, I repeat , DUA masakan rendang! All by myself!! Yelah, dengan bantuan bini dan kakak aku jugak lah. Semua bermula dari parut kelapa yang diambil kat tepi rumah tu (aku nak beli santan yang dah diproses kat pasar mak aku tak bagi, dia kata cepat basi lah.. isk isk), pastu proses memerah kelapa (kalau kelapa tu aku memang tak kisah sangat), dan diakhiri dengan memasak rendang (satu ayam, satu lagi daging). Kerja bermula jam 0900 dan berakhir jam 1630. Pergh!! Bengkok pinggang wa brader..! Nasib baik projek tak kacau hohehoheh. Masa saudara mara dan sahabat taulan datang melawat di hari raya, aku terpaksa menyorokkan masakan rendang aku itu, kerana permintaan yang sung...

Salam Eidul Fitri

Aku sangkakan kehidupan sebagai seorang pelajar pada tahun lepas adalah amat sibuk. Tak ku sangka apabila dah pulang ke tanahair bolehland ni, lagi tinggi kesibukan aku rupa-rupanya. Maklumlah, sekarang ni waktu cari makan; kais pagi makan petang. Tak boleh lah aku nak 'merendek' ke sana sini lagi dah. Walaubagaimanapun, TedungS sekeluarga ingin mengucapkan Salam Eid Fitri dan maaf dipinta di atas segala kesilapan yang tidak mahupun tersengajakan. Tahun ini aku akan merasai ketupat yang sebenar, tahun lepas kena buat sindri. Selamat memandu ke kampung/bandar halaman masing-masing. Kalau terjumpa pemandu/penunggang yang hampas etikanya itu, jangan lah diherdik atau mahu dilanggari mereka itu. Kurang pahala kita tu.... Akhir kata, salam sejahtera

Janji Diana

Image
Seperti yang telah aku janjikan, walaupun sedikit lewat. berikut adalah gambar-gambar yang sempat aku rakamkan ketika berada di Tanah Suci baru-baru ini. Di atas padang pasir Masjid Nabawi, Madinah Perkuburan Baqi'; tempat semayam anak-anak Rasulullah, Saidina Othman dan para sahabat Bukit Uhud (di latarbelakang) tempat peperangan Uhud. Bukit yang kecil itu pula adalah tempat pemanah-pemanah sebelum mereka mula tamak mengambil harta (loot) peperangan dan menyebabkan kekalahan pihak Islam Masjid Quba; masjid pertama dibina Rasulullah SAW ketika di Madinah Tanah Haram, Mekah. Here I come.. Jalan yang sering aku lalui (di sebelah kanan) untuk ke Masjidil Haram Pandangan luar Masjidil Haram buat kali pertama dalam sejarah hidup aku Pemandangan yang sungguh sayu dan mengagumkan Pekerja-pekerja yang tidak berhenti membersihkan kawasan Puncak gunung ini di mana Rasulullah SWT dan Abu Bakar bersembunyi dari pihak Quraisy Laut Merah, Jeddah Home sweet home Pelbagai tempat telah aku jelajahi...

Salam Ramadhan

Salam menyambut bulan ramadhan yang mulia. Aku agak kesibukan untuk meng'update'kan blog, tapi insyalah aku akan cuba dalam masa terdekat. Alhamdulillah, aku dan sidia selamat pulang mengerjakan umrah baru-baru ini. Terima kasih atas doa korang semua, nanti aku poskan gambar-gambar mana yang patut.

Panggilan Kaabah

Image
Salam, Hari Sabtu ini, aku dan si dia akan berangkat ke Tanah Suci Mekah selama 12 hari untuk menunaikan Umrah. Di sini juga aku ingin memohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung perasaan rohani dan jasmani dengan entri-entri blog aku yang merapu dan kekadang mengandungi aksi yang terlampau. Aku akan mendoakan semoga sahabat-sahabat alam maya aku dan juga Bolehland tercinta sentiasa dilindungi serta mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT. May Allah bless us all, Amin.

Jerubu @ Haze

Keadaan yang berjerubu sungguh menyesakkan akal dan minda serta rongga pernafasan. Monsoon Timur Laut ( Northeast Monsoon - bukan Monsoon Cup walaupun kesudahannya sama juga) menyebabkan angin bertiup dari Sumatra menuju ke negara-negara Timur Jauh. Monsoon ini juga bererti cuaca kering, secara tidak langsung hutan-hutan dan ladang-ladang pertanian akan terbakar secara misteri di negara jiran sebelah sehingga menyebabkan kita diselubungi asap debu yang menyesakkan. Saling tidak ubah dengan keadaan politik semasa; semakin lama semakin menyesakkan perut diatas lawak jenaka yang dipertontonkan. Liwat yang disahkan TRO oleh doktor yang berwibawa (tapi dia bukan seorang pakar - menurut Pengarah dia), saya faham rakyat menjadi marah sebab harga minyak dan barang naik, sebab itu saya rasa simpati (kalau dah tau kenapa tak forecast awal-awal sebelum nak naikkan harga minyak dulu bahlul ). Aku teringat beberapa minggu lepas seorang pakcik sedang mengisi miyak motor Cub nya, beliau menggeleng-...