Posts

Salam Eidul Fitri

Aku sangkakan kehidupan sebagai seorang pelajar pada tahun lepas adalah amat sibuk. Tak ku sangka apabila dah pulang ke tanahair bolehland ni, lagi tinggi kesibukan aku rupa-rupanya. Maklumlah, sekarang ni waktu cari makan; kais pagi makan petang. Tak boleh lah aku nak 'merendek' ke sana sini lagi dah. Walaubagaimanapun, TedungS sekeluarga ingin mengucapkan Salam Eid Fitri dan maaf dipinta di atas segala kesilapan yang tidak mahupun tersengajakan. Tahun ini aku akan merasai ketupat yang sebenar, tahun lepas kena buat sindri. Selamat memandu ke kampung/bandar halaman masing-masing. Kalau terjumpa pemandu/penunggang yang hampas etikanya itu, jangan lah diherdik atau mahu dilanggari mereka itu. Kurang pahala kita tu.... Akhir kata, salam sejahtera

Janji Diana

Image
Seperti yang telah aku janjikan, walaupun sedikit lewat. berikut adalah gambar-gambar yang sempat aku rakamkan ketika berada di Tanah Suci baru-baru ini. Di atas padang pasir Masjid Nabawi, Madinah Perkuburan Baqi'; tempat semayam anak-anak Rasulullah, Saidina Othman dan para sahabat Bukit Uhud (di latarbelakang) tempat peperangan Uhud. Bukit yang kecil itu pula adalah tempat pemanah-pemanah sebelum mereka mula tamak mengambil harta (loot) peperangan dan menyebabkan kekalahan pihak Islam Masjid Quba; masjid pertama dibina Rasulullah SAW ketika di Madinah Tanah Haram, Mekah. Here I come.. Jalan yang sering aku lalui (di sebelah kanan) untuk ke Masjidil Haram Pandangan luar Masjidil Haram buat kali pertama dalam sejarah hidup aku Pemandangan yang sungguh sayu dan mengagumkan Pekerja-pekerja yang tidak berhenti membersihkan kawasan Puncak gunung ini di mana Rasulullah SWT dan Abu Bakar bersembunyi dari pihak Quraisy Laut Merah, Jeddah Home sweet home Pelbagai tempat telah aku jelajahi...

Salam Ramadhan

Salam menyambut bulan ramadhan yang mulia. Aku agak kesibukan untuk meng'update'kan blog, tapi insyalah aku akan cuba dalam masa terdekat. Alhamdulillah, aku dan sidia selamat pulang mengerjakan umrah baru-baru ini. Terima kasih atas doa korang semua, nanti aku poskan gambar-gambar mana yang patut.

Panggilan Kaabah

Image
Salam, Hari Sabtu ini, aku dan si dia akan berangkat ke Tanah Suci Mekah selama 12 hari untuk menunaikan Umrah. Di sini juga aku ingin memohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung perasaan rohani dan jasmani dengan entri-entri blog aku yang merapu dan kekadang mengandungi aksi yang terlampau. Aku akan mendoakan semoga sahabat-sahabat alam maya aku dan juga Bolehland tercinta sentiasa dilindungi serta mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT. May Allah bless us all, Amin.

Jerubu @ Haze

Keadaan yang berjerubu sungguh menyesakkan akal dan minda serta rongga pernafasan. Monsoon Timur Laut ( Northeast Monsoon - bukan Monsoon Cup walaupun kesudahannya sama juga) menyebabkan angin bertiup dari Sumatra menuju ke negara-negara Timur Jauh. Monsoon ini juga bererti cuaca kering, secara tidak langsung hutan-hutan dan ladang-ladang pertanian akan terbakar secara misteri di negara jiran sebelah sehingga menyebabkan kita diselubungi asap debu yang menyesakkan. Saling tidak ubah dengan keadaan politik semasa; semakin lama semakin menyesakkan perut diatas lawak jenaka yang dipertontonkan. Liwat yang disahkan TRO oleh doktor yang berwibawa (tapi dia bukan seorang pakar - menurut Pengarah dia), saya faham rakyat menjadi marah sebab harga minyak dan barang naik, sebab itu saya rasa simpati (kalau dah tau kenapa tak forecast awal-awal sebelum nak naikkan harga minyak dulu bahlul ). Aku teringat beberapa minggu lepas seorang pakcik sedang mengisi miyak motor Cub nya, beliau menggeleng-...

Bintang Tiga

Hehe.. kali ini kisah lawak jenaka berkisarkan tentang betapa mahalnya pembiayaan kenderaan buatan nasional yang mengakibatkan lebih satu juta ringgit dibelanjakan dari tahun 2004 sehingga kini. MB Terengganu menyatakan sejumlah RM1.15 juta dibelanjakan untuk penyelenggaraan 16 buah Perdana yang dibeli pada tahun 2004. Untuk mantan MB pula, RM 235 ribu telah dibelanjakan untuk Perdana beliau sepanjang tempoh tersebut. Bagi menangani masalah tersebut, kerajaan Terengganu telah memutuskan untuk menggunakan kenderaan rasmi baru dari model Merc E200K yang ternyata akan menjimatkan wang rakyat kerana kos penyelenggaraan yang rendah (WTF?). Sudah semestinya pucuk pimpinan yang begitu ampuh dan pintar menghalang pembelian tersebut dan seterusnya menyatakan hanya Perdana sahaja yang perlu diguna pakai. Tetapi seperti lazimnya, keputusan beralih arah dan berita terbaru menyatakan PM is okay with the Merc for official use (Fri Jul 25, 2008 MYT 3:58:57 The Star Online ) . Sementara itu, Proton t...

Mamak, kasi Mee Rojak ekstra satu!

Whoa, what a week! Itulah rumusan yang dapat aku er... rumuskan untuk minggu ini. Suasana politik menjadi semakin menarik perhatian seluruh rakyat Malaya dan dunia secara amnya. Ramai dari kalangan ahli politik kerajaan yang berwibawa termasuk PM memuji kebolehan, kematangan dan kebijaksanaan Shab menangani pendekatan Anwar yang dikatakan sungguh populist dan tidak releven. Tidak lupa juga kemahiran beliau (Shab) menyembunyikan perasaan emosi sewaktu perdebatan tersebut sehingga terbit cecair putih di tepi mulut beliau. Penangkapan Anwar keesokan harinya sebelum masa luput pula dilaksanakan dengan penuh profesional oleh anggota khas keselamatan telah menggamatkan lagi senario negara. Aku juga teringat pesanan seorang rakan, kalau tiada kerajaan BN maka tiadalah infra-infra seperti hospital, sekolah, institusi pembelajaran, stadium, prasarana dan berbagai-bagai lagi untuk kemudahan rakyat. Bila aku cuba mendapatkan kepastian, beliau menjawab - tuh, papantanda Satu Lagi Projek Kerajaan B...