Posts

Car Lot

Nothing to do with car parking, for sale, rental or what not. It's actually Kalut a.k.a when you don't have time to even farting, or like when one big mad mother******g rottweiller is about to bite a big chunk of your stinking b**t that forces you to run for your life like a freaking mad horse. Well that's sums up my previous one month and well, a few months to come. Plus, that always lucky MancheShit winning a double (I'd be cursing if ChelShit wins it as well). Having said that, I managed to squeeze in five rounds of golfing, a trip to some kinda jungle and Awana Kijal retreat. Next Monday, back to work. Niceeeeee!! Nanti bila senang, aku lawat blog korang. Peace & Salam Hormat.

Senaman Rimau

Dah 12 hari tidak aku update kan blog merapu aku ni. Dalam masa 12 hari tersebut, berbagai-bagai perkara telah berlaku. Ada kisah sedih seperti kekalahan ARSE nal di tangan Mancheshit Utd dan kemungkinan besar kempunan juara liga English, ada yang tragis seperti kisah gadis-gadis yang hilang diculik/dirogol/dibunuh, ada juga yang kelakar seperti kisah keris, babi dan kedudukan bolasepak Malaysia di tangga ke 170... Aku pula? Hmm.. kepulangan aku ke tanahair tercinta ini disambut begitu baik dengan makanan-makanan berminyak yang sungguh berkhasiat sehingga menghasilkan sedikit kebuncitan di bawah paras dada aku yang mantap ini. Oleh kerana itu, aku telah berjinak semula dengan permainan bolasepak padang kecil (a.k.a futsal) yang sering membuatkan lidah aku panjang sehingga hampir mencecah padang. Telah aku beli juga sepasang kasut futsal yang bakal menjaringkan gol-gol cantik, samada kepada pasukan lawan maupun pasukan sendiri. Aku percaya dalam masa terdekat ini, aku bakal membawa pasu...

Beramah Mesra

Perjalanan aku mencari rezeki dan ilmu tidak pernah berhenti dan sering menemukan aku dengan berbagai cabaran dan pengajaran. Baru-baru ini, aku telah ke negara Sawadee Karp. Negara yg terkenal dengan budaya dan sopan santun yang sungguh berhemah, tidak seperti negara Bolehland dan juga jiran-jiran persekitaran. Mereka tidak lokek dengan senyuman, walaupun satu patah perkataan pun tak bisa difahami. Barang-barang pun dijual dengan harga yang amat berpatutan. Buah-buahannya sungguh segar bugar dan manis belaka. Orang-orangnye pun lawa-lawa gak hohehoheh.. Ini membuatkan aku sering tertanya-tanya, apa yang silap dengan orang kita kebanyakannya. Apabila berurus niaga, jarang yang melontarkan senyuman mahupun bertegur sapa. Bukannya aku nak mengurat pun. Bila diberi salam, ramai yang jawab dalam hati, kepala pun taknak angkat. Malu ke? Takut ke? Sombong ke? Takut kena rompak ke? Pakcik pun heran, muka macam Sireh.. Tapi ada sekali tu, ada seorang kakak ni tiba-tiba sungguh friendly lebih...

Stesen Keluar

Hari Sabtu ni aku akan pergi bekerja ke luar stesen ( Outstation ). Tak jauh, negara jiran bersebelahan je. Puyin Tamada... Semalam aku bermain futsal di 'Bola-Bola' Sg Dua. Memang best, tapi hari ni kaki dan bontot ku mula menjadi sengal dan lenguh. Ni semua Lindosh punya angkara la ni. Don't get me wrong, aku je mmg tak fit. Korang baca bontot terus ingat meliwat la ni, ish ish ish. Your dirty is so brain lah Akhir kata, sepandai-pandai tupai melompat, pandai lagi si ular mematuk.

Insiden Kg Salak

Aku terpaksa meng'delete' en3 aku yg lepas di atas ketidaksesuaian intinya ( dan selepas di pok pek pok pek oleh ehem ehem - padan muka aku ). Baru pulang melawat blog si adik manis ni, teringat pulak aku kepada kejadian yang menimpa aku pagi tadi. Mana aku tak hangat hangat taik ayam; ada ka makcik tu bwk kereta (tau la baru beli proton saga baru...) tgh2 jalan, slow plak tu, siap lenggang lenggok mak limah lagi, lambai tangan sana lambai tangan sini, aku tau la tempat ni kampung BAPAK dia. Sebaik aku memotong kereta makcik hampeh tu, aku turunkan tingkap dan mengambil nafas sedalam-dalamnya sebelum aku.... Makcik: Eh TedungS (off cse le bukan nama aku), malam ni jgn lupo datang ko rumah Mak Long ado kenduri doa selamat ni haa Apa yang aku terdaya lakukan hanyalah hmmpfffttttt... Ye lah, td kan aku dah tarik nafas bbbaik punya nak maki. Kisah dan tauladan; keluar lah dari rumah 15 minit awal. Bukan keluar pejabat awal pulak monyet.

Industri Kecil

Salam kepada semua. Baru sebulan aku bersara, aku rasa2 aku nak memblog semula. Tapi secara kecil-kecilan cukup. Sebabnye korang tau2 jelah.. bizimizi. Bila aku baca komen lepas, 17 out of 19 were from the opp gender. Itu yg membuatkan aku bersemangat proton Waja balik ni wohoo.! Duh.. Macam2 jadi sejak aku balik ke tanah Malaya ni. Boleh dibuat cerekarama rasanya. Suuuuma ada, apa lu mau. Kekadang aku rasa macam nak melompat, nak debik, nak peluk, nak pottage , nak mintak mahap... Memang Malaya ni tempat yg unik dan penuh karakter. Apa2pun, perut aku telah mula membesar spt beer gut walaupun aku tak togok menatang tu (dah). Ni semua salah nasi kandar, nasi kampung, ABC, teh tarik, mee goreng mamak, KFC, McD, BurgerKing etc etc ( yeah yeah.. blame it on others ). Baru2 ni aku mencecah 1o thn I love you too honey. Hujung minggu ni aku akan outstation (again) 2 minggu . See you all in two weeks time..

Game Over

Setiap pagi aku ke tempat kerja, mulut aku tak lekang dari menyumpah seranah pemandu2 kereta yang sungguh biadap dan kiasu kat area aku ni. Mencarut tu takla, ada tu ada tapi dalam hati je. Bini aku siap nak install kan mic & loudheller so aku bleh menjerit secara langsung kat mangkuk2 tu. Lampu merah depa jalan, double-line depa overtake , dok lane kanan pastu rempit terus masuk simpang ke kiri, kereta bertentangan dah dekat depa potong gak.. Korang nak pegi mana?! Kat depan tu kena berenti gak, takdak akai sungguh (cewah.. aku punya cakiaq kediah improve sikiaq sikiaq dah niaq!). Yang paling memeranjatkan, mengikut statistik yang aku jalankan secara seks rambang, 70% pemandu terbabit adalah wanita (60% bertudung), 15% jantan, 15% lain2. Since aku tak buat pHd dulu, angka2 tu mmg boleh didebatkan dengan penuh perasaan :p W'bagaimanapun, aku telah kembali ke dunia nyata. Teori-teori kehidupan tara boleh pakai sudah. Aku perlu memberi lebih tumpuan kepada pekerjaan aku yang sun...