Posts

Eleksilazation

Musim manusia muncul 5 tahun sekali telah tiba. Tak kira lah apa fahaman yg diorg pegang, alih2 ja muncul kt kedai kopi, mall dan seadanya. Kenapa lepas erection tknk muncul? Kenapa dh nk masuk 5 tahun baru nk melawat kawasan? Bagaimanapun, aku dapat rasakan erection tahun ini agak matang. Tiada panggilan nama mahupun cari salah. Ehh, patutlah rasa aman. Sebab rumah aku tkde TV3. Banned for life! Hahahahiokhiokhiok *Election, bukan erection

It has been 6 years!

Image
Yeah, 6 tahun aku dah tak merapu dalam blog ni. Macam2 jadi; dapat 2 anak lagi, ayah dan pak mertua aku telah pergi selama2nya (diorg pernah datang masa aku study kat Ostolia dulu), tukar kerja baru (still a drebar), dan bak kata coco "lots of changes". But I'm still me. Haa gitewr, omputih lagi kelasss. Life goes on. Semoga kehidupan aku dan sekeluarga sentiasa mendapat kerahmatan dan keberkatan Allah SWT insyallah. Til then, ciaoo!

Loo Lian

Image
Wa manyak suka sama lu. Tiap2 anam bulan , lu kasi wa manyak siok. Mula2 lu jual mahai, tapi tengah2 lu sula kasi liskaun! Loo Lian, wa manyak siok sama lu! Muaq MuaQ!

Krisis Umur

Image
Middle age crisis, bak kata arwah atok aku. Selalunya krisis ni melanda manusia berusia 40-60 thn. Kenapa? Sebab umur dah jadi tua, ditambah dengan perubahan persekitaran, isu-isu kehidupan mahupun sesalan. Apa kena mengena ngan aku yg baru mencecah 4-series ni? Yes off course, 3 hari lepas aku seperti biasa berkejar-kejaran dengan anak2 muda mengejar bola di padang futsal Ampang. Ketereran aku menyekor beberapa gol dan juga kelincahan aku yang sering mengkucar-kacirkan pasukan sendiri menyebabkan aku seolah-olah Safee Sadli yang terer tu. Itu je aku nak cerita. Tak sangka terer lagi aku ni. Oh ye, 3 hari lepas tu, baru je 3 minit main ankle aku terpeleot. Sampai la hari ni jalan terdengkut-dengkut kena gelak ngan opis mate. Abis tu, korang nak soh aku main apa? Pompuan? Hohehoheheh

Kambek

Image
Yeah, you got it right. TedungS kambek (come back), tkasih kepada si pompuan ni yg tiba2 bagio semangat kat aku.. Apa aku nak tulis selepas dekat setahun bersawang ni...? Oh ye, aku dh pindah tempat keje baru, jadi opis boi kat KL (bosan mcm sireh) tak boleh dah nak merempit buat satu Malaya berang. Famili tinggal kat Kontan dulu sampai anak aku abis UPSR (membujang? Yeehaawr!) Ketiga, aku semakin hemskem (bukan handsome ye, cer baca betul2 - H E M S K E M). Kejap2 lagi aku lewat blog korang. Adios, Salam, Bueno Sierra.

Roh Sukan

Image
Hari ini tonsil aku bengkak lagi. Terimakasih kepada: 1. AzizulHasni 2. Tim Hoki 3. Lee Chong Wei 4. Koo Keng Kiat/Tan Boon Heong Memang mamat2 tu semua Da Man. Salute! Tak kisah la kalah beregu tu, but lost with style kata arwah nenek aku. Wei L.C? No further comment , bak kata arwah atok kau. Tapi yang paling ‘best’ sekali ialah satu permainan ni. Siapa punya idea yang ‘bernas’ lah suruh buat taktik provoking tu. Mungkin otak diorang letak kat kepala satu lagi kot. Terimakasih kat diorang, sporting sportsmen mcm No1-4 akan dipandang senget. Sesenget pasukan yang dikatakan bertaraf dunia, tapi ngan S.Korea yang baru 2-3 thn main dah kelam kabut macam kantoi bini nampak keluar ngan amoi (bukan aku la..)

Eidul Mubarak

Image
Salam semua Masyallah, lama sungguh blog aku ni tak terjengah. Sejak adanya MukaBuku , terus terbuku si Tedung yang pernah menduduki carta Top Ten UK (Ulu Kelang) Billboard tempat yg ke 1782. Nanti aku cuba-cuba lawati semula mengikut kemampuan. Banyak juga kisah2 yang boleh aku kongsi gelap bersama korang peminat-peminat setia aku yang tak berhenti-henti memanggil namaku dalam tidur mu. Akhir kata, Eidul Mubarak dari aku sekeluarga:)