Posts

Showing posts from September, 2008

Salam Eidul Fitri

Aku sangkakan kehidupan sebagai seorang pelajar pada tahun lepas adalah amat sibuk. Tak ku sangka apabila dah pulang ke tanahair bolehland ni, lagi tinggi kesibukan aku rupa-rupanya. Maklumlah, sekarang ni waktu cari makan; kais pagi makan petang. Tak boleh lah aku nak 'merendek' ke sana sini lagi dah. Walaubagaimanapun, TedungS sekeluarga ingin mengucapkan Salam Eid Fitri dan maaf dipinta di atas segala kesilapan yang tidak mahupun tersengajakan. Tahun ini aku akan merasai ketupat yang sebenar, tahun lepas kena buat sindri. Selamat memandu ke kampung/bandar halaman masing-masing. Kalau terjumpa pemandu/penunggang yang hampas etikanya itu, jangan lah diherdik atau mahu dilanggari mereka itu. Kurang pahala kita tu.... Akhir kata, salam sejahtera

Janji Diana

Image
Seperti yang telah aku janjikan, walaupun sedikit lewat. berikut adalah gambar-gambar yang sempat aku rakamkan ketika berada di Tanah Suci baru-baru ini. Di atas padang pasir Masjid Nabawi, Madinah Perkuburan Baqi'; tempat semayam anak-anak Rasulullah, Saidina Othman dan para sahabat Bukit Uhud (di latarbelakang) tempat peperangan Uhud. Bukit yang kecil itu pula adalah tempat pemanah-pemanah sebelum mereka mula tamak mengambil harta (loot) peperangan dan menyebabkan kekalahan pihak Islam Masjid Quba; masjid pertama dibina Rasulullah SAW ketika di Madinah Tanah Haram, Mekah. Here I come.. Jalan yang sering aku lalui (di sebelah kanan) untuk ke Masjidil Haram Pandangan luar Masjidil Haram buat kali pertama dalam sejarah hidup aku Pemandangan yang sungguh sayu dan mengagumkan Pekerja-pekerja yang tidak berhenti membersihkan kawasan Puncak gunung ini di mana Rasulullah SWT dan Abu Bakar bersembunyi dari pihak Quraisy Laut Merah, Jeddah Home sweet home Pelbagai tempat telah aku jelajahi

Salam Ramadhan

Salam menyambut bulan ramadhan yang mulia. Aku agak kesibukan untuk meng'update'kan blog, tapi insyalah aku akan cuba dalam masa terdekat. Alhamdulillah, aku dan sidia selamat pulang mengerjakan umrah baru-baru ini. Terima kasih atas doa korang semua, nanti aku poskan gambar-gambar mana yang patut.